Khamis, 10 Jun 2010

Selepas 20 Tahun...


Emmmmm... Akhirnya, World Cup yang ditunggu-tunggu dah pun sampai!!! Esok bermula la episod 'tengok bola sampai muntah'... Hehehehe... Bila dipikirkan balik, 4 tahun yang lepas macam baru je sangat-sangat kita tinggalkan... 

Sepanjang hidup, aku dah lalu 8 kali World Cup :-

  • Spain '82 (memang tak tau mende pasal umur baru masuk 2 tahun, kekeke...),
  • Mexico '86 (masa ni tengok tapi tak ingat mende kecuali 2 jer, bola rasmi tu & Maradona yang aku dengar masa geng-geng ayah aku dok sembang...),
  • Italy '90 (masa ni memang dah kenal sangat sape Maradona, Germany...),
  • USA '94 (World Cup yang mana surat khabar Malaysia memang meriah giler bahagian sukannya time nih...),
  • France '98 (Tahun aku SPM & World Cup paling aku ingati sampai sekarang tiap detiknya...)

  • Korea/Japan '02 (Masa aku kat U...)
  • Germany '06 (Aku tak berapa fokus sangat time nih...)
South Africa '10??? emmm, aku rasa macam tahun ni aku lebih fokus berbanding World Cup terdahulu... Tak tau kenapa tapi rasa kejohanan kali ni lebih seronok & aku rasa macam ada 'Instinct', sesuatu yang best menanti sebulan dari sekarang... Bayangkanlah, 20 tahun dah team pilihan aku tak menang World Cup... PErghhh, sedar-sedar game Argentina vs Germany tahun 90 dulu dah amik masa 20 tahun!!!!!!!! Tuanya aku sekarang yek!!!

Esok pagi, perlawanan pembukaan antara tuan rumah kejohanan kali ni, Afrika Selatan melawan team peberet aku, Mexico... Aku tak nak tengok team tuan rumah ni (lebih-lebih lagi team Afrika) jadi team pertama yang mana tuan rumahnya tak lepas pusingan pertama dalam World Cup sejak diperkenalkan... Tapi nak wat camner, terpaksa la Mexico kena menang, hehehehe...

Apepun, jom kita semua fokuskan pada kejohanan kali nih... Sebulan kita rayakan sukan no. 1 dalam dunia nih... Good luck to every players, countries & supporters!!! Have a good memories!!! & enjoy World Cup yang datang ni sepuas-puasnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...