World Cup kali ni memang banyak kejutan...
German... Kalah 0-1 pada Serbia... Klose kena buang pada sebab 2 kad kuning yang simple, Podolski penalti tak gol, ada peluang keemasan score lepas tu, pun tak gol, huuhuhuh... Lepas ni lawan Ghana kena menang untuk layak ke pusingan k-2... Maybe bagus jugak kalah, bagi peluang untuk team termuda German pernah ada sepanjang sejarah World Cup ni untuk baiki diri...
Nigeria plak, kalah dengan greece 1-2, pun kena buang padang masa game baru nak panas... huhuhu, mula-mula molek dah control game... Tapi memang salah player Nigeria tu, walaupun tendang tak kena, tapi still kena kad merah... So Nigeria dah kira out...
France... Kalah 0-2 pada Mexico... Langsung tak ada ancaman dari france nih... Outplayed dalam semua segi oleh Mexico... Tahniah Mexico...
England seri 0-0 dengan Algeria... Padan muka England, cakap besar sangat sebelum game... Algeria game dia lebih kurang Mesir jer, patut bagi perhatian lebih, bukan tempat kutip 3 mata... Skuad-skuad tersusun macam team-team dari Balkan, Paraguay, Uruguay, Germany, Switzerland dan lain-lain sentiasa bahaya... Negara dari liga terbaik dunia??? emmmm, sesuai ke? Walaupun England akan layak ke pusingan ke-2, persembahan diaorang memang setakat ok jer... Bukan team yang boleh jadi juara...
Cameroon... Kalah 1-2 pada Denmark... Emmm, 1 lagi team afrika yang dah out dari peluang untuk ke pusingan ke-2... Takde ong la Cameroon kali nih... Teruk sangat perfomance first game lawan Korea hari tuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...