Berita dalam negara buat masa sekarang yang paling panas adalah kes polis tembak mati pelajar sekolah berumur 14 @ 15 tahun, Aminulrasyid... Ape-apepun, takziah kepada keluarga & semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat...
aku pun tak paham kenapa terlalu ramai yang menyalahkan polis... & kenapa banyak sangat versi-versi cerita yang aku dengar tak kira masa baca paper ke, blog ke, facebook ke @ dari mulut member-member aku sendiri... bermacam-macam!!! Pastu ramai plak yang ngaku, cite tu datang dari orang dalam polis la, dari mak sedara arwah la, sepupu la, polis sendiri la dan lain-lain...
Antara cite yang famous, cite-cite kononnya ada kawan/sedara polis, pegawai polis yang tembak tu baru kuar dari pusat latihan, baru dapat pistol, tengah seronok-seronok dapat pistol baru, maklumla baru kuar akademi... Yang peliknya, kebanyakkan orang percaya versi cite ni!!! Then, semalam polis yang tembak arwah tu direman... & nak tau, umur polis tu dah kira baya dengan ayah aku, 48 tahun kalau tak salah... & lebih mengejutkan rekod bersih selama perkhidmatannya... emmmm, masa ni la aku nak cari orang-orang yang beria cakap polis akademi. Apakah perasaan diaorang ni yang percaya cite tu???
Ramai cakap pasal undang-undang & prosidur yang betul bila berlaku kes ni... Contohnya, polis kena langgar belakang dulu la, tembakan amaran la ape la, kena tunggu backup la, tak leh buat sendirian la... bagi aku, kebanyakan kes perompak mati kena tembak berlambak & semua tu menimbulkan suspicious kepada pihak peronda polis... & ternyata bila terjadi, tanpa sempat bertanya 'anda ni penjenayah ke?', syak wasangka polis tu betul... berapa ramai perompak & penyangak mati kerana rasa syak itu yang disebabkan beberapa perkara... contohnya macam nampak kereta polis, mula nak lari...
Bagi aku, semua yang berlaku adalah kerana salah masa, salah tempat & salah kedua-duanya... Apa yang pasti abg polis tu akan dihukum jugak kerana melibatkan kes ni melibatkan orang awam... Aku teringat cite kes seorang budak rempit nak lari dari road block tapi tak lepas & injured, kes tu jadi sebutan ramai orang... Sampaikan pegawai polis berpangkat besar pergi ke rumah mangsa & hadiahkan basikal... Untuk redakan kemarahan orang ramai... Emmm, tak paham aku, kenapa orang nak salahkan polis sangat-sangat, betul-betul tak paham, hahahahahaha... Kelakar la dunia kita sekarang nih... Macam-macam cite...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...