Khamis, 15 April 2010
Pilihanraya = Sakit Telinga...
Pilihanraya... ape yg bestnya pilihanraya kat Malaysia nih??? kalau tanya orang yang nak di'pilihanraya'kan tu, mstilah mcam-mcam yang best... Termasuklah janji-janji best... kan! kan! kan!...
2 3 hari ni, dah start kedengaran cite-cite lawatan oleh para 'rakan2' wakil rakyat yang 'amat'lah prihatin sampai lupa kawasan sendiri pun silap-silap tak penah nak lawat @ tak kenal tok penghulu kawasan dia... dengan magiknyerrr, jalan xde, tiba-tiba 'satu lagi projek oleh.....' terpacak, senangla orang kampung ke KL katanya... Bumbung 7 blok bangunan, dah tukar baru, kekeke... Happy orang kampung... Orang Asli pun, happy bila 'rakan2' wakil rakyat kawasan mereka datang bertandang walaupun hakikatnyaa, xde sorang pun kenal diaorang nih...
Yang paling kelakar, rakyat mintak jalan 15 tahun dulu... 1995 dah siap agreement persetujuan, amik masa 15 tahun nak ke boleh terpacak signboard 'satu lagi projek oleh...' tuh... Alasan yang diberi???? emmm, tok sah la tanya, logik selogik logiknyaaa... Hehehehe...
Lepas ni, aku pasti, macam-macam la projek yang mencurah masuk ke area Pilihanraya nih, silap2 nak buat KLCC lagi untuk penduduk kampung senang membeli belah brang harian mcm bawang ke, lada jarum ke, takpun belacan...
Kalau wakil rakyat 'rakan-rakan' tu kalah??? hahahahaha, maka tumbang la signboard yang gagah itu tak lama selepas itu... Hehehehehehe...
Aku tak tau la mcamana la pemikiran 'rakan' wakil rakyat nih... Still 'cuba' pendekatan mcm ni... Dengar pun sakit hati... Harap cepat la sikit abis kempen pilihanraya nih, lega sikit rasanyer dari dengar cite-cite gini... ishhh, tak puas hati betul la bila teringat2 @ terngiang 'rakan-rakan' tu bermanis mulut!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...