Khamis, 1 Oktober 2009

Lepas Raya...

Syukur pada Allah Taala... kita dah pun mlalui bulan Ramadhan & juga mlalui bulan Syawal... Raya tahun ni meriah jugak walaupun tak sama macam dulu-dulu... Tapi tahun ni tak berkesempatan nak pegi umah member-member sebanyak yang mungkin, banyak sangat sedara mara buat umah terbuka...

Hari ni, dalam berita... Malaysia kehilangan hak 'tulen' BATIK... Indonesia menang dalam pertandingan di UNESCO, huhuhu... So Malaysia tak boleh lagi claim yang batik asal dari Malaysia & Batik bukan identiti sejati Malaysia... So, rasanya lepas ni akan ada perubahan, maybe Batik tak lagi dipakai tiap2 hari Khamis... kot-kot la kan...

Semalam plak, Tsunami kat kepulauan Samoa, seratus mati... hasil 8 skala ritcher gempa bumi yang berlaku sebelum tu... Kat Padang Indonesia plak, gempa bumi jugak, kalau tak salah la, 7.6 skala ritcher... Ramai jugak yang terkorban... Emmm, baru-baru ni, kat Australia terjadi ribut pasir sampai pemandangan bertukar jadi merah & berdebu... Semalam jugak, ribut tiba2 kat area terengganu... Emmm, macam-macam yang berlaku pada manusia sekarang ni... Bumi pun dah tunjukkan kemarahan dengan kerap pada manusia-manusia yang suka sangat wat onar pada dia...

1 lagi berita yang buat kita sedih, 2 orang anak beranak mati dibunuh... mak & anaknya yang brumur 2 tahun... Aduhai, terbayang-bayang lincah budak tu time umur dia sekarang ni... Aku terbayang riak muka dia time-time sebelum kematian, ceria & sentiasa buat orang dewasa suka... Walaupun tak kenal, tapi bila tengok usianya, teringat anak aku... tak dapat nak bayang bila berlaku macam ni walaupun bukan pada anak kita sendiri... Budak kecil yang tak tau apa-apa lagi tentang dunia, mati ditangan orang yang boleh berfikir secara waras & tau baik buruk... Dah takde belas kasihan ke kita sekarang????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...