Selasa, 4 Ogos 2009

Iklan... & Persekitaran Kita...


IKLAN... kalau tanya 10 orang rakyat Malaysia nih, maybe 10 10 orang akan cakap menyampah, terutamanya iklan pada rangkaian TV yang ada kat Malaysia ni, dok kira la tv free ke @ tv bbayar macam Astro tuh...


Iklan sekarang ni bukan main lama lg slotnyaaa... Kalau melabur kat toilet pun tak selama tuh... Dengar cite, Astro pung bukan main iklannya... Radio2 pun, lagu 5 minit, iklan 15 minit... Huhuhuhu, punya la nak kaut keuntungan, syarikat2 telekomunikasi dah hilang arahnya...

Tapi kat sini yang aku nak bangkitkan hal ni, Iklan melambangkan budaya masyarat sekarang... Kalau korang perasan, contohnya iklan MAXIS yang baru nih... Tema dia lebih kurang, Maxis sentiasa menyediakan saluran ke masa hadapan!!! (lbih kurang gini la dia nyer motto iklan tuh)... Fokus pada pertukaran media Muzik dari radio, kpd CD, & kpd Handphone... Knp diaorg pilih muzik utk gambarkan masa depan???

Iklan Coke @ Coca-Cola, 'Camni-lah' pun mengetengahkan idea joget baru minum... Sampai mak si pelakon popular tu, mende namanyer ntah (haaa, si mak Pieere Andre tuh), pun diajak jadi duta & menari ajak minum air diaorg...

Iklan aiskrim pun, nak kena menari jugok...

Iklan Sabun basuh pun nok menari jugok...

Cuma iklan pembunuh nyamuk je lagi xbuat tema nyanyi2 & mnari2... Ada la tu nanti kuar, "makcik, biar saya bunuh nyamuk itu" ambil mlenggok2 & pegang ridset tuh... Kekekekeke... Nyamuk pun turut menari smbil pening lalat sebelum mati terbunuh ditangan model gagah ridset tuh...

Hampir semua iklan la leh kata, jadikan muzik sbgai tema utk lariskan jualan...

Semuanya jatuh pada 1 sebab ---> Sebabnya kat Malaysia skrg ni, budaya berhibur dah menjadi 1 kemestian dalam apepun majlis, keraian dll... Kat sana-sini muzik xdpt lg dah nak dipisahkan dgn orang kita... Menyanyi, menari jadi suatu perkara yg tak pelik dah... Xkira la kat mana pun...

Kalau korang perasan, ada 1 tempoh tuh, hari ahad kat tv tempatan, xde cite lain selain hiburan smata2... Tv1 1 ada bintang RTM, tv2 ada fenomena seni, tv3 plak mentor, tv8 rancangan realiti tv (nyanyi jugok), tv9 dengan oohh la la nyerr... Baler!!!!!!!!! (contoh jer, gue xingat fenomena seni tu tv 1 ke tv 2 ntah, tp yg penting smua rangkaian tv ni tayang muzik hari tuh)... Naik muak dgn semua nih...

Masyarakat kita membesar dgn benda ni skrg ni... Mak Bapak pun ikut nangis anak diaorang tsingkir dr akademik @ sesuatu rancangan realiti tv... Yang peliknya yang nangis2 tu dah tua & siap bkopiah & bertudung... Bangga anaknya mnari2 utk hiburkan 'hati lara' yang selama ni melanda rakyat Malaysia nih... Begitu besar dirasakan pngorbanan anak mereka yang sanggup blatih setiap minggu utk ke udara pada hari yang ditetapkan, cikgu2 vokal bukan main lg memainkan peranan yang mana mungkin diaorang pikir, akan melahirkan bakal PM yg pndai mnyanyi dan menari serta diiringi dengan pitching yg tidak lari walaupun teriakan mereka tu setaraf je dgn anak ayam yang tercabut bulu...

Mentor anak2 muda ni pula, siap merotan agar anak2 serius dalam mempelajari ilmu yang mengalahkan ilmu yang dimiliki graduan Degree, Master & PhD dalam bidang kejuruteraan... Alangkah besar sumbangan mereka dalam mendidik anak buah mereka dengan penuh dedikasi & keseriusannya... Nak rotan anak buah diaorang pun, sampai tok guru nangis2 sbb tak sanggup sebenarnya (sayang la kununnyerrr)...

Pihak pengacara pula, bukan main canang spaya undi lebih (10 utk 10 undi, 100 utk 100 undi) kalau tak nak penyanyi (yg akan jadi superstar ms depan) tak terkeluar dari saingan... "Anda yang menentukannya!!!"... Kekekeke... Kelakor la korang ni semua...

Aku pun minat je muzik, nyanyi jugak, ikut jgak perkembangan, mmg xsalah nak bhibur pun... Tapi skrg ni mlampau2 sgt rakyat kita ni nak bhibur... Kita dulu2, mcm2 jugak yang ada, dengan Dead Metal nyer, Dangdut nyer, Trash nyerrrr, Alternative nyerrr, Rock nyerrr... Tp yang penting xjadi 1 budaya hidup, just hobby...

Argghhhh, tak paham aku dgn kita skrg nihhhh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...