Aku Budak Minang (ABM) ni dikarang Ujang... Emmm, generasi sekarang ramai tak tau asal-usul Ujang... Dia berasal dari Gila-Gila (anti betul aku pada majalah Ujang & Apo nih!!!)... ABM ni aku layan sejak dari kecik lagi... Masa tu disiarkan secara episod dalam Gila-Gila (xde lagi kuar buku koleksi mcm sekarang)... Memang layan abis... Happy, ceria, sedih, nangis, pendek kata semua mende la ada dalam cite ni... Lebih-lebih lagi, cite pasal zaman dulu yang tak berapa moden, teringat zaman budak-budak dulu, kena kejor dengan mak keliling kampung, ponteng sekolah la, degil nak mampos la, huh... Nostalgia betul...
Budak-budak zaman sekarang mana merasa seperti dalam cite nih... bertuah aku dapat lahir zaman 80an yang aku anggap permulaan peralihan dari zaman tradisional ke pemodenan... Dulu, mana ada keta, bas la jadi pengangkutan utama... sama mcm cite ABM nih... Bawah ni, keratan akhbar yang aku copy dari laman web Creative enterprise... Semoga Gila-Gila terus wujud...
Sedutan dari Harian Metro:
Ketika ditemui di lokasi pengambaran drama ABM di Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, baru-baru ini, penerbit drama ini dari Niscam Media Sdn Bhd, Adam Mat berkata, ABM menampilkan banyak kelainan berbanding drama yang diterbitkannya sebelum ini.
“Kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita dan kisah yang dipaparkan berasaskan komik karya penulis prolifik, Ujang dari Creative Enterprise.
“Pada awalnya, sukar juga kami untuk mendapatkan satu skrip mantap yang memaparkan kisah masyarakat di Negeri Sembilan tetapi selepas berbincang dengan Ujang, penulis berkenaan bersetuju kami mengangkat komik itu sebagai drama dengan mengguna pakai hampir 98 peratus berasaskan penceritaan yang dipaparkan dalam komik itu.
“Saya yakin ABM menerusi pelakon berpengalaman seperti Baharudin Haji Omar dan bakat baru, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham, yang terserlah menerusi program Raja Lawak, bakal menarik perhatian sekalipun jalan ceritanya bersahaja,” katanya.
ABM mendapat sentuhan pengarah tidak asing lagi, Zulkifli M Osman.
Selaku pengarah drama ini, Zulkifli berkata, walaupun nampak mudah, dia mengakui tugas itu amat mencabar kerana ia dramapertama diangkat daripada komik.
Menurutnya, cerita yang dipaparkan dalam drama ini adalah unik kerana ia mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dan cara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan loghat negeri Adat Perpatih itu sepenuhnya.
“Bagaimanapun, saya tidak berdepan banyak masalah kerana berpengalaman rasai suasana kehidupan di Negeri Sembilan ketika kecil. Malah, kami juga mendapat sokongan padu daripada penulis komik itu sendiri bagi menjayakan sepenuhnya struktur penceritaan,” katanya.
Katanya, dia bersyukur kerana keadaan cuaca baik sepanjang mengarahkan drama itu yang kini sudah sampai ke penghujungnya.
Menurutnya, dia turut mengambil beberapa pelakon daripada Badan Kebudayaan Negeri Sembilan dan ternyata mereka tidak mengecewakan kerana lakonan mereka sangat bagus.
“Keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar boleh membawa loghat Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, bagi pelakon veteran yang popular dalam drama Anjang Aki, Baharuddin Omar, drama ABM adalah unik kerana jalan ceritanya berlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan.
Menurutnya, isu yang ingin diketengahkan dalam drama ini ialah mengenai ikatan kekeluargaan terutama elemen kasih sayang.
“Watak saya sebagai Atok (datuk) berperanan besar sebagai seorang yang berusaha menjaga keharmonian dalam institusi keluarga.
“Saya anggap cerita ini ada kekuatannya tersendiri. Ia juga banyak memberi pengajaran lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan dengan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh.
“Saya amat berpuas hati dengan watak yang dijayakan kerana ia simbol kepada perpaduan dalam sebuah keluarga,” katanya.
Bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham yang membawa watak Ujang berkata, watak yang dibawanya dalam drama itu amat mencabar.
“Saya berusaha melakonkannya menerusi tunjuk ajar dan sokongan daripada pengarah selain pelakon berpengalaman seperti Baharuddin.
“Pengarah dan kru drama ini banyak membantu dalam menghidupkan watak. Pada masa sama, saya juga membuat rujukan melalui komik dan penulis skrip.
“Dalam drama ini, Atuk dan Anor (Nur Azilah Seeron) adalah tempat Ujang meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi,” katanya.
Manakala, bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Nur Azilah Seeron (Zila) berkata, pembabitannya dalam drama itu adalah peluang terbaik baginya untuk mengasah bakat dalam bidang lakonan.
“Pada peringkat awal, saya gementar untuk membawa watak Anor tetapi selepas mendapat bimbingan daripada pengarah dan kru penerbitan, keyakinan itu semakin meningkat.
“Saya berusaha melakonkan watak itu dengan baik dan setakat ini berpuas hati kerana mendapat sokongan padu daripada semua terutama pengarah,” katanya.
ABM mengisahkan Ujang yang dilakonkan Along Cham berasal dari sebuah keluarga di Juasseh, Kuala Pilah.
Dia yang dipelihara datuknya, (Baharuddin Omar ) mempunyai tangungjawab berat menjaga adiknya, Aca (lakonan Rosman Mohd Roslan) yang kurang siuman.
ABM turut dibintangi Rosman Mohd Roslan (Aca), Maimunah Ahmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd Affiq Azman (Bujal) dan Enot (kakak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...