Jumaat, 9 Januari 2009

Suara Dunia...

Ahmadinejad :- Iran Akan Beri Segala Bentuk Sokongan...

ALGIERS 11 Jan. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyeru negara-negara Islam supaya bersatu bagi menamatkan pembunuhan kaum yang sedang giat dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza. “rantau ini, dunia Islam dan umat manusia seluruhnya akan berdepan dengan malapetaka kemanusiaan terbesar dalam sejarah.”Katanya, Iran akan memberikan “segala bentuk sokongan” untuk memerangi keganasan Israel dan mencegah “peringkat genosid baru” dalam kempen rejim Zionis itu ke atas rakyat Palestin.


Ban Ki-Moon :- Kecewa Sikap Israel...

NEW YORK 10 Jan. – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyatakan kekecewaannya atas sikap Israel yang enggan mematuhi permintaan Majlis Keselamatan untuk melaksanakan gencatan senjata. “Ki-moon menyatakan kekecewaan dengan keganasan berterusan di Palestin dan keengganan Yahudi mematuhi arahan Majlis Keselamatan,” kata jurucakap beliau, Michelle Montas.


Rafsanjani :- Israel Bakal Musnah...

Bekas Presiden Iran, Ayatollah Akhbar Hashemi Rafsanjani "tindakan Israel itu akan hanya memuncakkan lagi kemarahan umat Islam sekali gus menghancurkan negara Yahudi itu". Akhbar turut mengkritik negara-negara Islam kerana bertindak pasif berikutan serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas Palestin.


GADDAFI :- Pemimpin Arab Pengecut!!!

“Mereka seharusnya malu. Sebahagian dari para pemimpin Arab hanya memberikan bantuan melalui misi kemanusiaan saja. Sebahagian lagi hanya berpidato saja. Mereka sedang memperjualbelikan rakyat Palestin.”. Gaddafi memberikan pendapat bahawa sebaiknya para pemimpin Arab JANGAN BANYAK CAKAP dulu sebelum melakukan usaha kukuh untuk menghentikan Israel yang sudah kelewatan batas dan tak banyak kompromi itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...