Rabu, 14 Januari 2009

Palestin : berita Gembira & Sedih... Jan 09...


Aku copy dar blog lain, update berita-berita terkini bagi minggu ini...

SEDIKIT BERITA GEMBIRA!


12/1 - Tentera dayus Israel berasa cukup seronok apabila mereka berjaya masuk jauh ke dalam Gaza tanpa mendapat tentangan yang kuat. Pemimpin-pemimpin pengecut mereka sudah berani mengeluarkan kenyataan kononnya mereka akan menguasai seluruh Gaza tidak lama lagi.

Malangnya (baca: Alhamdulillah bagusnya!) hari ini baru mereka tersedar itu semua adalah perangkap Hamas untuk membawa mereka ke jurang maut. Tentera Israel sudah ketakutan hingga terpaksa menambah tentera bantuan.

Kita doakan kejayaan Hamas di Palestin dan kejayaan 'boikot' kita di seluruh dunia. ALLAHU AKBAR!

13/1 - Perangkap HAMAS menjadi. Kereta-kereta kebal Israel terpaksa mengalah walaupun dibantu oleh ribuan askar simpanan Zionis lalu berundur. Padan muka!

13/1- Sudah ada pihak tertentu dari wilayah Jordan menyerang askar-askar Israel.


13/1 INFOPALESTINA- Para pejuang mampu bertahan berminggu-minggu lagi. Tambahan pula pasukan simpanan HAMAS belum diturunkan sedangkan pasukan simpanan Israel sudahpun berundur.


14/1 Alhamdulillah, 3 lagi roket menghentam Israel dari wilayah Lebanon.

14/1 10 orang askar simpanan Israel berkeras tidak mahu menyerang Gaza kerana simpati akan rakyat Palestin. Hasilnya mereka dihukum penjara 2 minggu.



BERITA YANG MENGECEWAKAN...

12/1 Mesir membenarkan ruang udaranya digunakan oleh pesawat-pesawat Israel untuk menyerang Gaza.

14/1 Tentera Israel menggunakan anjing-anjing untuk merobek-robek mayat orang awam Palestin.

Sumber :- http://satuumat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...