Rabu, 21 Januari 2009

Kereta :- 3 4 hari yang stress...


Fuhhh... hari ni, aku berlanggar dengan Lori Lorisda... Aku on the
way nak ke bandar Kuantan lepas kuar dari opis... Sampai kat traffic light beserah, lampu merah so bhenti la... aku kat lorong kiri, depan aku ada bulldozer besar... Belah kanan plak ada keta 2 3 biji & tmasuklah lori tuh... Lampu hijau keta dah start jalan, tapi lori tu tak jalan lagi, so aku terus aje bagi signal ke kanan & masuk, so ingat dah beres, keje senang...

Tup-tup, keta aku berpusing & masa tu dah pikir, "alamak!!! kena dah ni!!!", aku cuba blas ke blah kiri, tp dah terlambat, lori tu dah seret keta aku sampai lepas traffic light, aku tak panik tapi try nak control keta, masa tu aku dah lepaskan minyak sebab takut aku terlajak ke jalan yg bertentang arus... So layan je la lori tu seret, keta tersangkut kat divider, tapi lori tu still lagi pushhh, aku dapat tgok jelas lori tu betul2 kat dpan muka aku, fuuuuhhhhh!!! Then terus lori tu bhenti... Masa tu aku still boleh relax, tak tau kenapa... Aku tarik handbrake, tutup aircond & enjin & kuar...


Abg Lori tu (dalam 50an laa) sound elok, "kenapa masuk jalan saya?, saya tak nampak keta awok...", aku pun masa tu cakap je la, "ingatkan lepas dah...". Pastu ada brother tauke kedai baiki keta(betul-betul depan traffic light tuh) datang & cakap samada nak report @ nak settle. Aku & pakcik tu xdpt bagi jawapan...

Then dia mintak kebenaran nak bawak keta ke tepi... Kitaorang pun pegi la ke tepi jalan... Bincang kat situ... Jalan memang tengah sibuk gilerrrr (orang balik keje)... Bro kedai makenik tu bisik kat aku, dia saja nak alih cepat, takut ada yang ambik gambar... Pada aku, aku tak tau la nak ikut yg mana serr( tak pikir apa2 lg masa tuh)... Ikut dan je la!!! Tapi keta aku memang teruk jugak la belah driver nih... Pintu kemik abis, body tayar depan & body belakang pun sama...

Kitaorang discuss la 3 orang, amik no tepon pakcik & bro tuh... Pak Mat & Izat... Kitaorang decide nak settle luar, tak buat report polis... Then, nak pendek cite, Pak Mat blah... Aku & Izat terus ke bengkel dia nak tengok apa yang nak kena ganti... Kitaorang kira-kira, dalam RM900 la abis nak ketuk, tukar pintu depan dengan pintu lain & cat sekali... Aku ingat nak buat jer, tapi kalau buat aku memang patah kaki, nak pegi keje lagi satu hal... Kurang-kurang repair dalam 3 hari...

Emmmm... Lama jugak nak decide, last-last aku cakap kat Bro Izat tu, biar dulu la, malam ni aku call balik dia... Aku terus balik... Ni dah kat umah la ni, emmm tengah mikir lagi nih, kekekeke...

Apepun yang berlaku, tak kisah la keta aku teruk kena... Tapi Alhamdulillah, aku selamat tanpa ada sikit pun luka-luka, syukur pada Tuhan... Sebab tu kot aku tak ketar kot masa & selepas eksiden tu, aku cuma hela nafas panjang-panjang... Bro Izat tu cakap, "biar la keta rosak teruk pun, janji kita selamat...". Betul cakap dia!!! hal lain tu mcm "berapa banyak duit nak repair", tolak je la ke tepi...

Aku ada amik gambar kereta aku, tapi nanti la aku up...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...