Sabtu, 10 Januari 2009

Fakta Kedaifan Palestin...


  • Hak pendidikan, kesihatan dan kediaman yang menjadi perkara paling asas sebagai insan juga dinafikan,"

  • lebih satu juta rakyat Palestin berlindung dalam 25 buah kem penempatan yang disewa di negara yang subur dengan pertanian, Syria.

  • Ada tujuh kem penempatan bangsanya yang dihalau keluar dari tanah air oleh rejim zionis Yahudi Israel sejak 1948 hingga kini.

  • "Tujuh puluh peratus daripada satu juta bangsa kami di Syria berada di bawah paras kemiskinan,"

  • mereka hanya hidup dengan dokumen khas sebagai pengenalan atau identiti diri sahaja.

  • Sebelum pencerobohan Amerika pada 2003, kira-kira 34,000 pelarian Palestin tanpa warganegara tinggal di Iraq terutama di Baghdad iaitu di kawasan Baladiyat.

  • Sejak 2006, keadaan jadi tidak selamat di Iraq, hingga ratusan ribu rakyat Iraq termasuk warga Palestin melarikan diri ke negara-negara jiran. Namun mereka tidak dibenarkan masuk ke Jordan dan Syria kecuali segelintir yang ditempatkan di kem El Hol iaitu di utara Syria bersempadan dengan Iraq.

  • Kumpulan kedua pula, terperangkap di "no mans land" sepanjang 7 kilometer di kem Al- Tanf. Manakala kumpulan ketiga dihalang ke Syria dan terpaksa berkhemah di kem Al Waleed di Iraq. Akibatnya 3,000 pelarian terperangkap di kem-kem ini dan 4,000 lagi berada dalam Syria secara tidak sah di Damascus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...