Jumaat, 7 Jun 2013

Wahai wanita...


Emmm... Persoalan...
  • Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga?
  • Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
  • Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur?
  • Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
  • Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
  • Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
Tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah (untuk orang zaman skrg) :
  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan  mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.
** MERAH : Kritikal bagi aku... @ still missing... @ kurengggg...

Black!!!!!!!


Sound familiar??? 1 daripada lagu terbaik sepanjang zaman, Black dari band Grunge yang lebih awal popuar dari Nirvana... Suara Eddive Vedder memang legend lah.. Terutama lagu Black ni (unplugged Version, terbaik)... Kat Malaysia ada 1 band alternative suara sebijik Eddie ni... Apa ntah nama band tu, xingat la plak...

Lyric last dia... Fuhhhh...

I know someday you'll have a beautiful life,
I know you'll be a star in somebody else's sky,
But why, why, why can't it be, can't it be mine?



Ahad, 5 Mei 2013

Jom Undi PRU 13...


 Fuhhhhh, lama tak jalan kaki menuruni bukit ke sekolah rendah Kebangsaan P.P.P.T.R... Ayah aku wat cadangan masa nak kuar ngundi, jalan kaki jer, sebab parking tetap jauh jugak kalau bawak keta... 

Last jalan kaki masa darjah 6 dulu... Masa menuju ke pusat pengundian ni, teringat waktu jalan dengan panasnya, bawak beg beratnya... Dulu, anak-anak pokok, sekarang sebesar-besar pokok... Huhhhh...

Seronok jugak mengundi ni yek, rasa macam besar je tanggungjawab... Dulu tak ngundi, walaupun duk bising-bising cite pasal politik, tapi tak rasai feel mendalam... 

On the way, jumpa kawan-kawan abah sepanjang perjalanan, semua kutuk aku tua dari abah sebab ada uban penuh dah... kekekekeke... Tapi yang pentingnya, aku hepi kerana dari kecik sampai sekarang, jalinan hubungan baik dengan geng-geng abah aku, tak pernah putus... Sentiasa je orang kenal, orang ingat... Pasal abah aku pun jenis mulut riuh, so orang ingat la anak sulong dia ni, walaupun aku pendiam... Tumpang glamour jgak la kiranya... Senang, pegi mana-mana kat area tu, orang kenal aku anak sape... Nasib baik abah aku bukan calon... keekekeke...


Rabu, 6 Februari 2013

Tugas-tugas Orang IT...


Tugas-tugas orang IT di zaman canggih sekarang... 8 kerja / bahagian / degree / diploma / sijil / Kursus yang berlainan tetapi di bawah tugas seorang kakitangan IT di mana-mana agensi sekalipun... So, sape-sape orang IT, nak tak nak, kena kuasai ke lapan-lapan bidang ni, kalau tak, kena la ayat-ayat macam ni :  

" orang it pun tak tau??? belajar mende masa kat U dulu?"
"jadi orang it saje je, tapi xtau"...


** Sumber pic dari : http://dailyinfographic.com

Isnin, 4 Februari 2013

Shania...



Fuhhh lama dah tak dengar lagu baru si Shania ni... Ka-Ching!, Forever And For Always, When U Kiss Me, Man! I Feel Like a Women, I'm Gonna Getcha Good, You've got a way with me, Up! dan 2 lagu paling best You're Still the dengan From This Moment... Fuhhhhhhhh... Suara plak serak-serak basah... Great artist..Beautiful lady dan lagu-lagunya, perfect dengan dia!!!! Mungkin dia wanita paling cantik dalam industri muzik ni... Great mama too...

From This Moment On... Banyak maknanyer... Hehehehe...


Dying In The Sun...

Emmmmmmmm... Emmmmmm... Tak tau nak cakap ape...


Do you remember The things we used to say?
I feel so nervous When I think of yesterday

How could I let things Get to me so bad?
How did I let things get to me?

Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying

Will you hold on to me
I am feeling frail
Will you hold on to me
We will never fail

I wanted to be so perfect you see...
I wanted to be so perfect...

Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying...