Isnin, 15 Oktober 2012

Network Configuration : Ubuntu Server 12.04...


Nota Konfigurasi bagi super-user a.k.a root. kekekekeke bagi Ubuntu Server 12.04...

Setting untuk statik IP (bukan akustatik macam lagu OAG tuh, kekekeke) :

1. Buka root bagi Ubuntu Server!!!
** Tambah sudo pada tiap CL (command line) jika kita bukan dari super-user seperti root...

vi@vim@nano /etc/network/interfaces
# The primary network interface
auto eth0
iface eth0 inet static
address  172.16.0.X
gateway 172.16.0.X
netmask 255.255.255.0
network 172.16.X.X
broadcast 172.16.0.255

dns-search abc.com.my (domain kita)
dns-nameservers X.X.X.X <spacebar> X.X.X.X <spacebar> X.X.X.X
** Masukkan sekali (automatik akan masuk dlm resolv.conf ~ jika tiada aral, kekekeke...
** nameserver's' mewakili lebih dari 1 IP DNS yang kita masukkan...

Save konfigurasi yang dah diubah : <ESC>, Shift +  : dan kemudian :wq!


2. Taip cat /etc/resolv.conf
    search test.com
    nameserver x.x.x.x
   Save konfigurasi yang dah diubah : <ESC>, Shift +  : dan kemudian :wq!


3. Kemudian boleh la direstartkan balik fail init.d kita...
     /etc/init.d/networking restart


4. check interfaces network kita samaada up ke tidak (ikut pada kesuaian, tengok sebelum buat, semasa, selepas) :

ifconfig - check semua interface... tengok data keluar/masuk...
ifconfig eth0 @ eth1 - check 1 interface dengan lebih detail...
Route
- Check konfigurasi routing ke mana?
Netstat - Tengok routing table network yang telah kita set up... tengok current table routing network...
netstat -nr
netstat -a - semua port yang open...
netstat -l - cari listening port...

Sabtu, 29 September 2012

Aqua - Turn Back Time...


90s music... Antara lagu top list pada aku... Liriknya dan kenangan yang dibawa pada 1997...  


Khamis, 23 Ogos 2012

Piala Malaysia 2012...


Salam RAya...

Piala Malaysia tahun ni, Pahang berdepan dengan 3 pasukan yang lebih kurang setara dalam Kumpulan D... Selangor, Sarawak dan T-Team...

Alhamdulillah, Pahang menang game pertama semalam... Tahniah... Menang ke atas T-Team (yang ramai bekas player star Pahang dulu)... Walau tak ada star besar (Kecuali Alex, tu pun baru je coach Malaysia nampak bakat dia), tapi dapat kalahkan group player yang lebih berpengalaman... 3-2... Tapi macam biasa, last 30 atau 20 minit, mesti bocor punya, huuhuhuhuh... fitness player kena tingkatkan lagi...

Semalam, Pahang balik ke gelanggang asal, Stadium Darul Makmur, huhhhh lama tak masuk stadium ni, rinduuuuuu... Sabtu ni main kat Selangor plak, ada sediakan bas... So sape-sape nak pegi, leh la contact mereka yang terlibat... Moh kuningkan merah di Selangor... Harap menang!!!!

Selasa, 21 Ogos 2012

RayA!!!! 2012!!!



Assalamualaikum...

RAya dah... masuk hari ke-4... Fuuhhhh... Walaupun tahun ni tak banyak dapat pegi beraya macam tahun lepas... Tapi seronok jugak, first time beraya dengan 4 orang... Tambah baby FeeFa Syamila, seorang lagi perempuan dalam family aku ni... 


Raya pertama di Balok & umah aku sendiri la di PSJ, sungai karang... Raya pertama sempat 2 3 orang umah tok sedara aje... Tengahari balik ke umah, tido tak sedar diri sampai pukul 5.30, tu pun bini aku kejut, bagitau abah aku tepon ajak pegi beraya Beserah, umah sedara ayah aku...
  
 

Malam, sedara mara datang umah, tak masak pun, tapi just makan nasi himpit dengan rendang aje... Tambah dengan KFC 2 bucket... hehehehehe...


Aku pelik sekarang ni, cepat betul pagi ke petang, tak sempat nak beraya ke umah sedar banyak-banyak... Tau-tau hari dah gelap, dah malam... Dunia makin tua, macam tu jugak aku... Huhuhuhuhu...



Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari raya Aildilfitri 1433 H / 2012 M...


Salam...

Dah masuk raya tahun ke-5 dengan family... Tahun ni, raya pertama di kampung aku... Balok & Bukit Goh... Raya kedua, balik ke Jengka 15... So sape-sape yang ada sana pada waktu tu, jemput lah datang umah, tapi hello dulu la... Maklumla raya-raya ni, aku suka pegi umah-umah orang... Suka makan / tengok apa orang masak untuk tetamu... nasi impit, kuah kacang + rendang daging, ayam, perghhh... time raya je beh... kekekekeke... No telefon aku sentiasa yang sama... So jangan wat alasan tak dapat contact, hehehehe...

Aku mintak maaf banyak-banyak pada semua, yang pernah kenal, yang memang kenal, yang tak kenal dan yang terbaca blog ni,.. Kalau ada terasa hati / terguris, mintak maaf banyak-banyak... Walaupun ada jugak sengaja dalam mengguris (dalam blog la selalunya, kutuk-kutuk), tapi yang penting, tak simpan dalam hati... Just luahkan then, habis situ sahaja... kat luar, semua kawan aku, semua aku sayang...

Selamat Tinggal Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin...
Bawak Kenderaan elok-elok... Jumpa Lagi!!!! 

Ahad, 12 Ogos 2012

Geografi...


Ilmu Alam... Geografi... 1 cabang pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian manusia... Tetapi, masih ramai yang tak berminat nak ambik tau pasal alam, pasal udara, pasal tanah, pasal atmosfera... 


Kalau masa aku sekolah dulu, Geografi adalah subjek picisan (sama macam kembarnya, Sejarah)... Seringkali dianaktirikan oleh bebudak... yang lebih mementingkan Matematik, English, BM... Walhal, kalau ikut logik, Sejarah dan Geografi adalah pembantu resukt periksa... Tak kira la, PMR kw, SPM ke... Tapi tak leh salahkan student, sebab dasar pendidikan negara kita ni, lebih kepada subjek-subjek yang lebih core untuk kegunaan masa depan...

Tapi pada aku, geografi paling indah untuk dipelajari, walaupun salah satu subjek periksa (maknanya kena study jugak buku), tetapi orang macam aku, seronok belajar Geografi, berganda-ganda dari Matematik, sains, BM dan lain-lain... Sebabnya ilmu ni, ilmu dunia, lebih seronok untuk diketahui... diterokai... Maknanya, walaupun study untuk lulus Geog, tapi ibarat buat lawatan sambil belajar ke seluruh dunia... Tengok Prairie, tengok gurun, tengok gunung, banjaran dan lain-lain... Dalam buku teks, macam-macam jenis gambar yang jika kita tak pernah lihat depan mata @ takkan dapat tengok dengan pergi sendiri ke negara-negara luar...

Baru-baru ni. masa tengah nak cari arah qiblat umah baru aku, bini aku terkejut betapa cepatnya aku memahami peta (google earth tu la), betapa cepat aku cari umah orang ni, umah orang tu, hanya dengan masa yang sekejap... (masa tu terus aku jawab dengan bangga la depan bini, dia pun meluat dengar jawapan aku, kekekekeke, so aku tak payah la bagitau ape yang aku jawab pada dia, kekekeke)... Tapi moral cite tu, geog penting sebab ada gunanya tiap-tiap hari... dari sekecik-kecik hal sampai la ke besar-besar hal...

"GEOGRAFI merupakan satu cabang sains yang menerangkan dan mengkelaskan ciri-ciri fizikal dan budaya bumi termasuklah fenomena-fenomena semula jadi dan ciptaan manusia di muka bumi. Geografi juga meliputi kajian tentang ciri-ciri fizikal bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, hasil-hasil keluaran, penduduk, kegiatan manusia, ciri-ciri kebudayaan serta taburan masing-masing."

So pesan aku pada adik-adik sekolah, belajarla Geog dengan penuh keseronokan... Ibarat berjalan-jalan ke negara orang, ke tempat yang kita tak pernah impikan untuk sampai... 

Sumber Pic : Bayu laut
 

Sape Lahir Bulan 9???


Hehehehe, saje aku nak up... Ciri-ciri perangai orang yang lahir bulan September... Cuma dalam ciri-ciri ni, takde plak yang buruk-buruk, kekekeke...
  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik 

So untuk lagi best, aku ada dapat perincian untuk tarikh lahir aku ni :
 
PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
##############################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Suka mengarah, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Panas baran, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Seseorang bercakap dengan cara sendiri untuk berjaya, boleh menarik kekayaan.

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Suka simpan banyak maklumat, mudah mengalami tekanan/depresi/sakit mental. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Pergerakan wang sangat aktif, wang mudah diperolehi tetapi boros. $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Hehehehehhehehe... Yang aku boldkan tu, memang paling sebijik kot dengan perangai aku yang sebenar...