Ahad, 15 Ogos 2010

Hobi...



Dalam setahun ni, aku dah start buat hobby baru... Kumpul mainan puzzle @ DIY (Do it Yourself) toys... Aku pun tak tau nak kelaskan hobi nih... 

Aku sekarang kalau pergi pasaraya-pasaraya, aku pergi cari bahagian permainan, cari replika-replika macam kapal, rumah, kereta kebal dan lain-lain... Aku lebih seronok dapat yang jenis kena pasang sendiri, memang leka menyiapkannyeer...

Tapi koleksi aku tak la banyak pun walaupun dah start setahun dulu, sebab susah nak cari kedai permainan yang ada barang-barang camni... 

Aku siap dah beli water color untuk mngecat rumah replika yang aku beli, kekeke... Dah berzaman tak beli watercolor nih, last sekali seingat aku, time SPM la kot,, time exam pendidikan seni, kekekeke...

Khamis, 12 Ogos 2010

Selamat Berpuasa semua...


Assalamualaikum,

Lama jugak tak dapat posting topik-topik baru kat sini... Aku sekarang kalau kat umah susah nak online sebab anak kalau tengok aku on laptop, dia la dulu yang guna, tu pun kalau guna molek-molek, dapat ke dia, memang kejap je la nyawa laptop tuh... Sekarang ni plak, aku pun dah tak leh stay lewat malam, so memang kat umah dah susah nak bukak laptop...

Apepun, Selamat berpuasa pada semua umat Islam di seluruh dunia... Semoga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelumnya... Dan aku pesan pada diri sendiri, jangan lupa pada orang yang lebih susah daripada kita yang makan tido semua cukup...

Ada masa awal-awal ramadhan ni baik kita pegi bayar zakat, so senang la nanti peruntukkan zakat diserahkan pada yang patut lebih awal & boleh la mereka yang memerlukan buat belanja raya @ teruskan hidup diaorang...

***

Hari kedua posa, aku bawak orang rumah dan Damia ke Padang MPK 1, tempat famous tiap kali bulan Ramadhan... Bagi orang luar, kalau datang Kuantan waktu bulan posa ni, silalah pegi ke sini (area masjid besar Kuantan)... Seronok berbuka kat tempat open nih...

Rabu, 21 Julai 2010

"Kadang-kadang, apa yang kita benci tu, adalah sumber cahaya kehidupan orang lain"

Emmm, aku tengok drama Ilusi semalam kat tv3, tertarik dengan ayat ni bila perempuan dalam cite tu cakap dia tak suka jeruk, lelaki tu plak jawab macam ni sebab dia hidup dengan jeruk, mak dia sara kehidupan dia dengan jeruk sampai la dia jadi 'orang'... Pengakhiran ayat dia macam ayat kat atas sebelum dia blah tinggalkan perempuan tuh...

Emmmm... Aku betul-betul setuju dengan ayat dia tu, walaupun cite-cite Melayu ni aku kureng sikit... Ramai orang pandang rendah pada sesuatu benda sampaikan peringkat menyampah, benci, hina bla bla bla... Tapi sebenarnya kita tutup mata pada sebelah pihak yang lain yang bergantung kepada benda yang kita benci tu... Lebih-lebih lagi orang-orang sekarang yang dah makin senang dan tak reti memandang kehidupan orang lain...

So, pandang-pandanglah ke tepi, ke bawah, ke atas ke belakang dan ke sekeliling kita... Terlalu banyak unutuk kita syukuri atau teladani... Aku harap aku pun ambik iktibar pada ayat macam di atas, amin...

Selasa, 20 Julai 2010



Kat bawah, keratan akhbar tentang Mike Tyson. (dari paper ape ntah, tak ingat).. Salah satu idola masa kecik nih, macam jackson, walaupun 'love hate' dia ni, tapi still dia yang mewarnai hidup aku masa kecik atau sekolah dulu... harap dia stay dengan Islam dan dapat sokongan dari saudara-saudara kat sana...

 
Air mata Tyson gugur di Kaabah


Dahulunya beliau digeruni tetapi di hadapan Kaabah ini Tyson adalah yang paling mengharapkan keampunan Allah.

DI saat Afrika Selatan menjadi kiblat ramai penduduk dunia yang ralit menyaksikan aksi-aksi hebat Piala Dunia 2010, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang bekas atlet terkemuka dunia.

Peninju terkenal dunia yang juga bekas juara heavyweight, Mike Tyson, 44, tidak mempedulikan kemeriahan pesta bola sepak itu. Tumpuan kepada ibadat berkiblatkan Kaabah yang betul-betul berada di hadapan matanya.
Itulah pertama kali Tyson mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah sehingga air matanya tertumpah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Umum mengetahui beliau memeluk Islam ketika dalam penjara pada tahun 1995 atas kesalahan merogol bekas Ratu Cantik Amerika, Desiree Washington.
Sejak itu beliau tidak lagi mahu dikenali dengan nama sebenarnya Michael Gerard Tyson, tetapi sebagai Malik Abdul Aziz sejurus memeluk Islam. Ia sekali gus tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pelbagai gelaran sebelum ini termasuklah Iron Mike, The Baddest Man on the Planet, The Baby Bull dan Kid Dynamite.

Juara kategori heavyweight sebanyak 44 kali dari 58 perlawanan itu memeluk Islam dengan kerelaan sendiri. Namun pengislaman Tyson sering dipersoalkan. Bukan sahaja perwatakannya dilihat tidak berbeza sebagaimana sebelum memeluk Islam, ada pula yang berusaha supaya peninju yang terkenal dengan aksi yang cukup menakutkan lawan itu kembali ke agama asal.

Malah perjalanan hidup Tyson sebagai seorang Islam juga jarang-jarang diketahui umum. Kali terakhir kita mendengar kisahnya ialah apabila tragedi yang menyayat hati berlaku kepada anak perempuannya, Exodus, 4. Anaknya meninggal dunia akibat leher terbelit tali pada sebuah alat senaman treadmill dalam kemalangan yang tidak diduga pada Mei 2009. Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya Tyson apabila kehilangan anak perempuannya itu.

Bercakap soal anak, beliau dikatakan mempunyai tujuh orang anak. Namun daripada sumber yang boleh dipercayai, perkahwinan pertamanya dengan artis Robin Givens pada tahun 1988 tidak dikurniakan anak.

Selepas bercerai, Givens melempar pelbagai tuduhan terhadap Tyson sebagai seorang yang ganas, bagaikan hidup dalam neraka sepanjang perkahwinan mereka sehingga menyebabkan beliau pernah keguguran.

Mengenai dakwaan Givens itu, Tyson pernah berkata: “Sesiapa yang mempunyai akal yang waras pasti tahu kalau benar saya hendak menumbuk isteri saya sendiri pasti kepalanya akan tercabut dari badan (akibat kuatnya tumbukan). Semua ini hanya tipu belaka, dia menipu. Sedangkan hujung jari pun saya tidak pernah berkasar dengannya”.

Tyson kemudiannya mengahwini Monica Turner pada 1997 tetapi berakhir dengan perceraian pada tahun 2003. Sebabnya, Turner tidak tahan dengan perangai Tyson yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Rayna dan Amir.

Sehinggalah selepas 10 hari kematian Exodus, Tyson dilaporkan mengahwini isteri ketiganya, Lakiha Spicer, 32, teman wanita lamanya yang sebelum ini mereka telah mempunyai anak perempuan bernama Milan.

Tiga lagi anak Tyson ialah D’Amato dan Mikey yang masing-masing lahir pada tahun 1990. Miguel yang lahir 2002 bersama Exodus yang meninggal dunia pula tidak diketahui siapakah ibu kandung mereka.

Namun kini dikatakan anak-anak itu adalah dalam jagaan Tyson. Pada awal Mei lalu, Tyson berkata: “Saya kini benar-benar hidup dalam keadaan papa kedana malah muflis. Tetapi saya mempunyai kehidupan yang sangat mengagumkan.

“Saya mempunyai isteri yang hebat, yang begitu mengambil berat mengenai saya. Walaupun hidup tidak semewah dahulu tetapi saya sangat bersyukur walaupun saya sebenarnya tidak berhak untuk mempunyai seorang isteri dan anak-anak. Mereka kini harta saya dan saya bersyukur dengan pemberian tuhan ini.”

Namun sejak memeluk Islam, Tyson pernah mengaku perkara yang paling ditakuti dalam hidupnya kini ialah Allah. “Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu hanya melayakkan saya masuk dalam neraka sahaja. Namun saya tetap memohon keampunan daripada-Nya setiap hari,” kata Tyson yang menggemparkan peminat sukan tinju apabila menggigit telinga lawannya.

Namun tahukah anda terdapat petikan yang menarik daripada Tyson apabila bercakap soal agama?

“Masing-masing berkata mereka mempercayai tuhan tetapi mereka tidak melakukan apa yang tuhan suruh, tidakkah itu hipokrit namanya,” soalnya.
Atas kesedaran dan keinsafan, buat pertama kalinya Tyson menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah pada awal Julai lalu melalui Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA) yang memberi peluang kepada bekas peninju itu berada di sana selama sebulan.

Beliau bukan sahaja berpeluang mengerjakan ibadat umrah malah akan dibawa bertemu para pemimpin dan tokoh agama Arab Saudi selain melawat pelbagai tempat menarik bagi memperkenalkan budaya dan tradisi setempat. Tidak dinafikan setiba beliau di Madinah, Tyson dengan cepat menjadi perhatian para jemaah dan penduduk kota itu yang menyebabkan kawalan ketat terpaksa dilakukan.

Namun sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, Tyson mengakui mendapat pelbagai pengalaman rohaniah selama berada di bumi suci Islam itu.
“Saya sungguh gembira kerana masih mempunyai para peminat yang mengasihi saya di Arab Saudi ini. Tetapi saya berharap mereka dapat meninggalkan saya sendirian untuk menikmati saat-saat keimanan yang sungguh indah di tanah suci ini.

“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui saya berada di salah satu taman-taman syurga (raudah) di sini,” ujarnya terharu ketika berada di Masjid Nabawi.

Sebagaimana gambar yang dikirimkannya sendiri melalui Twitter, Tyson kelihatan begitu gembira berada di hadapan Kaabah. Air mukanya jelas membayangkan kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.
Antara komen yang menarik ditulis pada gambar tersebut, termasuklah: “Saudara Mike, apabila berada di hadapan Kaabah ini, anda kelihatan begitu gagah perkasa dan sangat hebat yang pernah saya lihat sepanjang usia anda. Anda adalah lelaki yang paling kuat di dunia apabila anda adalah yang paling sujud ke bumi menyembah Allah!”

Tumbukan ‘TKO’ Mike Tyson kini tinggal sejarah namun Malik Abdul Aziz yang berjubah dan berkopiah kelihatan lebih gagah. Semoga imannya juga sehebat si kulit hitam, Bilal bin Rabah!

Damia... 2 tahun...

9hb Julai 2010 baru-baru ni, Damia dah masuk 2 tahun... Dah besar dah dia... Tapi bukan main manja lagi, emmm, nak kena bagi adik nih, kekekeek... Takde beli kek pun untuk Damia, cian dia... Tapi bawak pegi jalan-jalan jer... Happy bday Damia yang ke-2!!!

Pantai kat Sungai Soi...

Dapat basikal baru & tengok wayang 'Despicable Me...'

 Belanjer KFC jer...
 
Pegi Gambang waterpark...

Jumaat, 16 Julai 2010

Minyok... Gula... Diesel... Part 1000...


Emmmm... Berjumpa kita sekali lagi diruangan geram yang dianjurkan oleh 1 Malaysia...

Keratan menarik akhbar hari ini :-

UTUSAN...
"Kita menggunakan penjimatan perbelanjaan kerajaan itu untuk memenuhi lebih banyak agenda seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang bakal dilaksanakan. --> dah berjuta kali aku dengar alasan nih... Naik pekak dah telinga... Jap ekonomi naik, jap tengah merudum... Ye la, kita semua bodoh untuk tau pasal ekonomi nih...

 --> Seperti biasa, perbandingan yang nyata dan jelas bagi membolehkan rakyat paham dan terima ape sebab naik... yang pelik, negara yang leibh tinggi dari Malaysia jer dia duk tunjuk @ war-warkan! Ye la, kita bodoh untuk menyedarinya...


Tambah beliau, keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar. --> Perghhh, memang berani giler... Baru-baru ni, paper-paper perdana sendiri yang cakap peratusan lebuh berpihak pada ramai tak bersetuju dalam questionnaire, sms @ apa-apa hal yang berkaitan dengan kenaikan... tapi naik jugak... Dan yang paling best, dapat sokongan rakyat dari hasil pertanyaan kepada rakyat!!! hahahaha, aku ni dah kira gelak tahap nak gila dah ni... Bodohnya la kita ni kan! 


Wartawan : "setuju ke harga barang naik?'"
Orang kampung : " eh setuju la, apsal lak tak setuju???"

Wartawan : "hehe, mana la i tau, kot-kot la. anda setuju anda terpaksa bayar lebih untuk isi minyak???'"

Orang kampung : " Of Coz lerr, dengan ini dapat membantu Kerajaan merencanakan kemajuan negara dan ini adalah 1 pengorbanan besar dari i selaku rakyat picisan..." (sambil mendongak jauh ke awan yang membiru)
Wartawan : "Terharu mendengarnya, thanks... So lepas ni apa tindakan pakcik untuk tampung belanja harian?'"

Orang kampung : "Tugas pertama, tunggu pilihanraya!!!" (sambil senyum kelat)...

Rabu, 14 Julai 2010

Blur... Modern Life is Rubbish...


BLURRRRRR... Parklife! Modern Life Is Rubbish, 13, The Great escape, Think Tank... Ini la band yang membuatkan aku terpesona dengan alternative selain Oasis dan lain-lain...

Sape tak kenal (bagi yang ikut laaa) penyanyi slamber Damon Albarn, Inspirasi gitar solo Graham Coxon, bassist Alex James dan drummer Dave Rowntree... Memang bertuah dapat lalui zaman gemilang Blur tahun '90an dulu...

lagu-lagu BLUR still aku mainkan kat radio kereta aku sampai sekarang, Streotypes, Charmless Man, Girl's & Boy's, End Of Century, Tender, Coffee & TV, Beetlebum dan lagu paling hits bagi aku yang susah nak lawan, Song 2... perghhh, lazat...

Dari muka muda sampai la ke zaman millenium nih, ikut diaorang... Cuma ye la, sekarang dah slow dan album Think Tank tu, dah kurengg sikit, maybe faktor umur dah jadi blocking pada diaorang sekarang, tak macam zaman gemilang dulu... Lagu pun lebih kepada eksperimental macam Radiohead...

lagu-lagu Blur, kalau slow aku suka dengar Coffee & TV dan tender, memang sedap dan seronok dilayan... Kalau nak lagu yang boleh buat 1 badan tak duduk diam, berlambak, hehehehe... macam Charmless Man, Streotypes dan Song 2... Song 2 ni memang jadi kegilaan masa mula-mula kuar dulu, aku still kat sekolah... Muzik dia memang sesuai dengan budak-budak remaja dulu... Sape-sape tak pernah dengar, try la cari Video Klip dia kat youtube tuh, bagi aku lagu Song 2 ni memang complete (diulangi, bagi aku...)... Untuk Video klip, aku suka Charmless man, cool...

Rindu zaman-zaman ni... Huhuhuhu, sekarang ni, follow jer cuma tak la macam dulu, ye la dah tua, kekekeke... So sekadar dengar je la...

Good Luck BlUr...
  • Damon Albarn – vocals, piano, keyboards
  • Graham Coxon – electric and acoustic guitar, banjo, saxophone, backing vocals
  • Alex James – bass guitar
  • Dave Rowntree – drums, percussion