Jumaat, 30 April 2010

Zaman Dahulu Kala...



Ni pic zaman sekolah aku, amik dari facebook budak kelas aku dulu... kabur la sikit, dulu mana ade digital camera, ni pun scan...


Gambar ni masa aku kat kelas 3 Iman... Di Sekolah Menengah Jengka Pusat 2, SMJP2 (sekarang dah SMKJP2)... Sekolah ni kat depan UITM Jengka, Pahang... Tempat kerja orang rumah aku 4 5 tahun selepas tamat SPM kat sekolah ni...

Dalam gambar ni, ramai aku tak jumpa sejak abis zaman sekolah 1998... Macam kawan baik aku masa kat kelas dulu, Tajri, Shahril dan lain-lain... Time reunion SPM1998 pun, tak ramai sangat yang datang... Rindu kat zaman ni... Dulu dalam kelas, geng-geng laki memang kuat bising, denda tak payah cakap la, asyik kelas aku jer kena sound...

Masuk tingkatan 4 & 5, masa ni la zaman kegemilangan lelaki kelas aku... kekeke... Gambar kat bawah ni masa tingkatan 5, kelas Akaun... Budak laki kelas aku tak ramai, ada la 2 3 orang yang tak masuk dalam gambar ni... Tapi bising, emmmm... Kalah kelas-kelas belakang yang berganda ramai budak laki... Masa ni masing-masing ada gelaran yang aku & Sapuan bagi ikut komik Naga Merah... Aku macam biasa la, watak hero, Harimau Hitam... kekekeke... ada wira pikir la dewa durjana la ape la... memang seronok...

duduk (kiri) --> budin & Syed... 
Berdiri (kiri) --> Shah, Meran, Aku, Midi, Syidan, Arwah man, sapuan...

Arwah Man baru aje meninggal akhir tahun lepas kalau tak salah... eksiden di Selangor masa balik ke Kuantan (amik ikan untuk jual kat pasar)... Arwah tetap dalam kenangan... Kalau dia & Meran ada, kitaorang memang bergendang meja la jawabnyer... Arwah jadi vokal... Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Sekarang dah ada facebook, so ramai jugak yang dah dapat contact balik & dah pun jumpa sesetengahnyr masa reunion SPM 1998 hari tuh...

Kenangan kita semua di kelas & di SMJP2 ni, memang aku tak akan lupa sampai bila-bila... Rasa macam baru-baru jer tinggalkan zaman sekolah... Kira-kira balik, dah hampir 12 tahun... Ishhhhh, lama dah yek!!!


Khamis, 29 April 2010

ButterFinger's --> Selamat tinggal Dunia...



Sebelum ni, duk cite pasal band luar... so ni jom cakap pasal butter!!!...
Salah satu band tempatan yang paling kuat pengaruhnya masa aku masih kat sekolah... sape-sape pun yang umur lebih kurang aku, semuanya akan mengakui...

bagi aku, band ni memang aku ikut dari awal lagi... nak-nak plak, butterfingers ni ada influence dari nirvana... Muzik diaorang bawak pun sama... Lirik yang best (walaupun bagi sesetengah orang, tak beh lalu)... Sampai sekarang tak pernah pun boring dengar lagu diaorang... bila pegi keje ke balik keje ker, lagu-lagu diaorang la yang aku mainkan selalu...

Lagu Malayneum, Garden City of light's &  nicc 'o tynne memang dah sebati sangat dengan aku....

Kat bawah ni sikit sinopsis tentang penubuhan butterfingers yang aku copy dari web royalbutterfingers.net... Mari kita mengimbas kenangan...

 

Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram.

Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.

Loque's Tail- Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap sabtu serta ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama dan ke pekan Kuala Kangsar untuk "Jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque' Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.

Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh.Setahun selepas itu Loque'Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri. 

Mereka hanya tinggal bertiga dan Loque menjadi vokalis serta gitar utama, kadak selaku pemain bass dan kalai bermain dram. Walaupun bertiga, mereka gah dengan muzik grunge mereka dan aksi mereka bertambah hebat di studio jamming dengan lagu sex pistol dan nirvana.

Pada pertengahan 1993, Loque pulang ke Kuala Lumpur untik bercuti lalu menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya dan Loque telah terpikat melihat aksi Emmett sedang asyik bermain gitar di studio Black Widow. Emmett ketika itu adalah pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz memikat Loque ketika sedang beraksi dengan lagu popular kumpulah RHCP iaitu Under The Bridge.


Mereka seolah-olah telah ditakdirkan kerana selepas beberapa lama Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan bersetuju untuk beraksi bersama Loque dan sekaligus bercadang untuk menghasilkan Demo Tape.Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine. Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut.

Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran.
Apabila selesai Spm, mereka menjadi lebih serius, namun tidak pada Kadak yang mahu meneruskan pelajarannya. Mereka bagaimana pun tidak putus asa lalu sering jamming bertiga. Loque , Emmett dan Kalai bercadang mencari pemain bass baru.


Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang di berikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil.

Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers.

Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular.

Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik.


 Emmmm... memang betul, akhirnya band ni menjadi band terkenal & legasinya membantu band-band alternative yang lain keluar dari kepompong mereka... Sekarang, macam-macam band yang ada, macam One buck Short...

Rabu, 28 April 2010

Afrika Selatan '10... Ghairah yang hilang...


Piala Dunia... 2010 di Afrika Selatan... First time di benua Afrika... Dah tak lama WorldCup ni nak start... Sebulan lebih je lagi... Tapi aku tak rasa seghairah dulu, tak seghairah masa aku kecik :-

--> masa aku tengok Mexican wave di Stadium Azteca, Mexico '86 ( Aku ingat ke bola FIFA lama tu jer, yang hitam putih tuh, kekekeke)... Maradona & Matthaus bertarung di Italia '90... Bila tahu Maradona kena ban dari USA '94... Excited tengok Argentina kalahkan england di France '98... Tengok Kahn tunduk kecewa di Korea/Japan '02... Tengok Germany gagal ke akhir di hadapan penyokong sendiri di Germany 06...

Aura & pesona bolasepak dah makin kurang, walaupun still follow, still minat, still sukan no. 1 aku... Aku rasa sebab mungkin dah kerja, dah berfamily, dah tak banyak masa & ntah ape lagi ntah...


Kalau tanya aku, team apa yang layak pun, aku tak berapa ingat, lebih-lebih lagi banyak plak kejutan team yang layak ke final kali ni mcm new zealand... Huhuhuhuhu... Turki? Czech? Iran? yang aku sokong, semua tak lepas, kekeke (Banyak betul yang aku sokong)...

Kalau dulu, boleh ingat team apa dalam peringkat kumpulan... Tau tarikh pengundian peringkat kumpulan, walaupun takde astro (sampai sekarang pun takde lagi, kekeke)... Silap-silap, nama-nama player untuk setiap team pun leh ingat lagi...

Sekarang, team-team yang aku sokong pun, aku tak tau sape player-player yang akan ke WorldCup nih... Argentina, Germany & Mexico... Sampai sekarang blur lagi barisan diaorang nih...


Cuma, aku harap, WorldCup kali ni, team-team pilihan layak ke peringkat tinggi macam suku akhir... Harap tak banyak kejutan...

& macam biasa la, aku harap biar team yang aku sokong ke final WorldCup kali nih... Argentina & Germany... Mexico? emmm, harap layak sampai suku akhir la... Kalau team pilihan tak lepas, aku sokong team underdog je la nanti...

** Gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata, walaupun mereka ensem, tapi abaikan, wakekekeke...

Selasa, 27 April 2010

Mat kilau...


Nama :  Mat Kilau...
Ayah :
Imam Rasu a.k.a Tok Gajah...
Nama Ibu :
Mahda ( Anak kepada Tok Kaut Burau)...
Lahir :
1865/66... 

Tempat Lahir : kg. Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur... 
kelebihan : Mengaji, berzanji, dan berdikir Maulud + rebana (dikir pahang), bersilat... 
Hobi : bermain gasing & laga buah keras (jogho kampung)... 
Isteri : Yang Chik Imam Daud (3 orang anak)...

PERJUANGAN...
  • Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. 
  • Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. 
  • Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
  • Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. 
  • Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

DICOP PENDERHAKA OLEH BRITISH...
  • Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura .
  • The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. 
  • The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. 
  • Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
  • Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. 
  • Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

TAMATKAN PERSEMBUNYIAN...
  • Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
  • Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut .
  • Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
  • Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
  • Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.

  • Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
     

saje up sejarah Mat Kilau... Moyang aku... Dulu ingat lagi, atuk-atuk & pak-pak sedara aku kat Pulau Tawar selalu cite, masa berita Mat Kilau meninggal, kereta yang datang melawat, sepanjang-panjang jalan, penuh kiri-kanan... Masa zaman tu lain, nak tengok keta sebijik pun susah... Tapi boleh penuh...

kalau ikutkan keturunan, emmm... Aku keturunan ke-4 @ ke-5 (@ ke-5 & ke-6) di bawah moyang aku ni...

Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

Honours, Trophies & Awards --> Bayern Munchen...

setakat 2009-2010...

German Championships (21): 1932, 1969, 1972, 1973, 1974, 1980, 1981, 1985, 1986, 1987, 1989, 1990, 1994, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2005, 2006, 2008.

German Cup titles (14): 1957, 1966, 1967, 1969, 1971, 1982, 1984, 1986, 1998, 2000, 2003, 2005, 2006, 2008


League Cup (6) : 1997, 1998, 1999, 2000, 2004, 2007

European Champions' Cup/League titles (4): 1974, 1975, 1976, 2001

European Cup Winners' Cup title: 1967

UEFA Cup title:
1996

Intercontinental Cup:
1976, 2001

Bayern Munich FC... 2009-2010...



Ni list player2 BM tahun ni...


GOALKEEPERS
Michael Rensing
Hans-Jorg Butt
Thomas Kraft

DEFENDERS
Daniel Van Buyten
Martin Demichelis
Philipp Lahm
Stefan Schurf
Diego Contento
Christian Lell
Bjorn Kopplin

MIDFIELDERS
Franck Ribery
Hamit Altintop
Andreas Gorlitz
Mark Van Bommel
Danijel Pranjic
Thomas Muller
David Alaba
Holger Badstuber
Bastian Schweinsteiger
Mehmet Ekici
Anatoliy Tymoshchuk

FORWARDS
Arjen Robben
Ivica Olic
Miroslav Klose
Saer Sene
Mario Gomez
Daniel Sikorski
Deniz Yilmaz


** Sumber gambar :- http://eurorivals.net/clubs/bayern-munich.html

Skuad Pahang 2010...


Senarai Player Pahang bagi tahun 2010... Semua player muda kecuali ada 2 player lama yang diamik dari Shahzan Muda, jalal & shahrizan...

1. Jallaluddin Jaafar : 1.1.1975
2. Fadzirul Zakaria : 19.4.1986
3. Nik Zul Aziz Nawawi @ Omar : 7.4.1984
4. R. Surendren : 17.5.1987
5. S. Karthigesu : 12.5.1985
6. Azamuddin Akil : 16.4.1985
7. Mohd Fazli Baharuddin : 8.1.1986
8. Yosri a/l Derma Raju : 15.7.1982
9. Mohd Shahrizan Salleh : 16.1.1982
10. Hasmizan Kamoridin : 24.1.1984
11. Wan Mohd Azraie Wan Teh : 7.7.1986
12. Mohd Rosfaizul Azuar Ali : 30.11.1984
13. Mohd Saiful Nizam Miswan : 3.3.1981
14. Mohd Hazri Rozali : 26.6.1986
15. Amirullah Abd Razak : 25.2.1991
16. Famirul Asyraf Sayuti : 17.11.1989
17. Abdul Rahman Kadir : 5.1.1978
18. Mohd Syawal Norsam : 29.5.1989

Ada penambahan player sorang dua pertengahan musim, aku pun tak ingat nama... 


** Sumber pic dr. web Doc. Ali --> 2121studio.com