Rabu, 28 April 2010

Afrika Selatan '10... Ghairah yang hilang...


Piala Dunia... 2010 di Afrika Selatan... First time di benua Afrika... Dah tak lama WorldCup ni nak start... Sebulan lebih je lagi... Tapi aku tak rasa seghairah dulu, tak seghairah masa aku kecik :-

--> masa aku tengok Mexican wave di Stadium Azteca, Mexico '86 ( Aku ingat ke bola FIFA lama tu jer, yang hitam putih tuh, kekekeke)... Maradona & Matthaus bertarung di Italia '90... Bila tahu Maradona kena ban dari USA '94... Excited tengok Argentina kalahkan england di France '98... Tengok Kahn tunduk kecewa di Korea/Japan '02... Tengok Germany gagal ke akhir di hadapan penyokong sendiri di Germany 06...

Aura & pesona bolasepak dah makin kurang, walaupun still follow, still minat, still sukan no. 1 aku... Aku rasa sebab mungkin dah kerja, dah berfamily, dah tak banyak masa & ntah ape lagi ntah...


Kalau tanya aku, team apa yang layak pun, aku tak berapa ingat, lebih-lebih lagi banyak plak kejutan team yang layak ke final kali ni mcm new zealand... Huhuhuhuhu... Turki? Czech? Iran? yang aku sokong, semua tak lepas, kekeke (Banyak betul yang aku sokong)...

Kalau dulu, boleh ingat team apa dalam peringkat kumpulan... Tau tarikh pengundian peringkat kumpulan, walaupun takde astro (sampai sekarang pun takde lagi, kekeke)... Silap-silap, nama-nama player untuk setiap team pun leh ingat lagi...

Sekarang, team-team yang aku sokong pun, aku tak tau sape player-player yang akan ke WorldCup nih... Argentina, Germany & Mexico... Sampai sekarang blur lagi barisan diaorang nih...


Cuma, aku harap, WorldCup kali ni, team-team pilihan layak ke peringkat tinggi macam suku akhir... Harap tak banyak kejutan...

& macam biasa la, aku harap biar team yang aku sokong ke final WorldCup kali nih... Argentina & Germany... Mexico? emmm, harap layak sampai suku akhir la... Kalau team pilihan tak lepas, aku sokong team underdog je la nanti...

** Gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata, walaupun mereka ensem, tapi abaikan, wakekekeke...

Selasa, 27 April 2010

Mat kilau...


Nama :  Mat Kilau...
Ayah :
Imam Rasu a.k.a Tok Gajah...
Nama Ibu :
Mahda ( Anak kepada Tok Kaut Burau)...
Lahir :
1865/66... 

Tempat Lahir : kg. Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur... 
kelebihan : Mengaji, berzanji, dan berdikir Maulud + rebana (dikir pahang), bersilat... 
Hobi : bermain gasing & laga buah keras (jogho kampung)... 
Isteri : Yang Chik Imam Daud (3 orang anak)...

PERJUANGAN...
  • Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. 
  • Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. 
  • Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
  • Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. 
  • Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

DICOP PENDERHAKA OLEH BRITISH...
  • Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura .
  • The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. 
  • The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. 
  • Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
  • Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. 
  • Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

TAMATKAN PERSEMBUNYIAN...
  • Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
  • Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut .
  • Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
  • Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
  • Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.

  • Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
     

saje up sejarah Mat Kilau... Moyang aku... Dulu ingat lagi, atuk-atuk & pak-pak sedara aku kat Pulau Tawar selalu cite, masa berita Mat Kilau meninggal, kereta yang datang melawat, sepanjang-panjang jalan, penuh kiri-kanan... Masa zaman tu lain, nak tengok keta sebijik pun susah... Tapi boleh penuh...

kalau ikutkan keturunan, emmm... Aku keturunan ke-4 @ ke-5 (@ ke-5 & ke-6) di bawah moyang aku ni...

Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

Honours, Trophies & Awards --> Bayern Munchen...

setakat 2009-2010...

German Championships (21): 1932, 1969, 1972, 1973, 1974, 1980, 1981, 1985, 1986, 1987, 1989, 1990, 1994, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2005, 2006, 2008.

German Cup titles (14): 1957, 1966, 1967, 1969, 1971, 1982, 1984, 1986, 1998, 2000, 2003, 2005, 2006, 2008


League Cup (6) : 1997, 1998, 1999, 2000, 2004, 2007

European Champions' Cup/League titles (4): 1974, 1975, 1976, 2001

European Cup Winners' Cup title: 1967

UEFA Cup title:
1996

Intercontinental Cup:
1976, 2001

Bayern Munich FC... 2009-2010...



Ni list player2 BM tahun ni...


GOALKEEPERS
Michael Rensing
Hans-Jorg Butt
Thomas Kraft

DEFENDERS
Daniel Van Buyten
Martin Demichelis
Philipp Lahm
Stefan Schurf
Diego Contento
Christian Lell
Bjorn Kopplin

MIDFIELDERS
Franck Ribery
Hamit Altintop
Andreas Gorlitz
Mark Van Bommel
Danijel Pranjic
Thomas Muller
David Alaba
Holger Badstuber
Bastian Schweinsteiger
Mehmet Ekici
Anatoliy Tymoshchuk

FORWARDS
Arjen Robben
Ivica Olic
Miroslav Klose
Saer Sene
Mario Gomez
Daniel Sikorski
Deniz Yilmaz


** Sumber gambar :- http://eurorivals.net/clubs/bayern-munich.html

Skuad Pahang 2010...


Senarai Player Pahang bagi tahun 2010... Semua player muda kecuali ada 2 player lama yang diamik dari Shahzan Muda, jalal & shahrizan...

1. Jallaluddin Jaafar : 1.1.1975
2. Fadzirul Zakaria : 19.4.1986
3. Nik Zul Aziz Nawawi @ Omar : 7.4.1984
4. R. Surendren : 17.5.1987
5. S. Karthigesu : 12.5.1985
6. Azamuddin Akil : 16.4.1985
7. Mohd Fazli Baharuddin : 8.1.1986
8. Yosri a/l Derma Raju : 15.7.1982
9. Mohd Shahrizan Salleh : 16.1.1982
10. Hasmizan Kamoridin : 24.1.1984
11. Wan Mohd Azraie Wan Teh : 7.7.1986
12. Mohd Rosfaizul Azuar Ali : 30.11.1984
13. Mohd Saiful Nizam Miswan : 3.3.1981
14. Mohd Hazri Rozali : 26.6.1986
15. Amirullah Abd Razak : 25.2.1991
16. Famirul Asyraf Sayuti : 17.11.1989
17. Abdul Rahman Kadir : 5.1.1978
18. Mohd Syawal Norsam : 29.5.1989

Ada penambahan player sorang dua pertengahan musim, aku pun tak ingat nama... 


** Sumber pic dr. web Doc. Ali --> 2121studio.com

Isnin, 26 April 2010

Pegi Stadium...




Hari ni,ada selection olahraga & balapan antara staf UMP (orang rumah aku)... Dia tak joint pun, tapi uruskan makan minum Unit Keselamatan UMP... So aku pun kena la ikut, pagi-pagi buta Damia kena mandi... Hari ujan masa kuar, tapi kejap je... panas balik masa sampai kat Stadium...

Dari pukul 8 sampai la pukul 1 duk situ... Sambil-sambil tengok selection tu, dapat la tengok balik stadium kebanggaan Pahang nih... Rasanyer baru aje cat setahun 2 yang lepas, dah berlumut balik... Tak berapa nak dijaga sangat... Bini aku tanya, "sape yang mentain stadium ni? teruknyerr? MPK?" aku jawab, bukan! Tapi aku pun tak sure sape sebenarnya yang jaga!!!



Lampu pun banyak pecah, malam tadi masa tengok Pahang lawan Kedah, rasanya makin suram jer cahaya lampu limpah, tak macam dulu... Speakernya plak sound pecah tahap gaban... Tempat wartawan buat liputan, meja, emmmmmm, berkarah sekali!!! Aku wat kesimpulan sendiri jerrr, Malaysia ni terlalu jauh lagi nak sampai ke tahap 'World Class Facilities, World Class Maintenances'... Cuma yang ada, 'World Class Facilities & after 3 month, leaking here & there, everywhere'... Kekekekeke...

Banyak jugak pic aku amik, tapi nanti aku up bawah tajuk Pahang FA lak... Tak tau la bila tuh... kekekeke...


Ahad, 25 April 2010

Pahang 2 vs Kedah 1...


Lama betul Pahang tak menang dengan Kedah, dalam 10 game akhir, 9 kali kalah... Memang Kedah antara salah satu team kuat dalam liga Malaysia sejak masuk tahun 2000... Player-player mudanya pun bagus... Sebelum import tak dibenarkan, semua piala diaorang bolot... 

Pahang plak, sejak masuk tahun 2000 sampailah sekarang, makin hilang dari pentas utama & langsung tak dianggap kuasa bola sepak besar dalam liga kita... Lebih-lebih lagi sejak 3-4 tahun ni, rasanya takde dah penyokong luar nak takutkan team Pahang & anggap team ni jadi tempat pungut 3 mata jerr...

Tapi...
Malam tadi, sekali lagi musim ni Pahang tunjukkan semangat melawan & tak mudah putus asa... Walaupun dengan pengalaman takde & serba serbi kurang, tapi player-player muda Pahang berjaya kekang star-star muda yang ternama dari team Kedah macam Badrol Bakhtiar, Azlan Ismail, Ismail Abu dan lain-lain...

Kedah jarang sangat mengancam, tapi dapat goal awal sebab kesilapan keeper muda Pahang, Wan Azraei yang keluar awal untuk selamatkan bola crossing, tapi tak dapat, senang-senang jer player Kedah tadah kepala ke pintu gol Pahang yang kosong...

Tapi, keseluruhan game, memang Pahang yang pegang, cuma idea ada, perlaksanaan buruk sangat, basic football pun berterabur lagi... Standard la tu... Kedah pun sama jer teruknya...

Separuh masa kedua, still seimbang... Tak lama start game, kapten Kedah, Shahrulnizam injured & terpaksa dikeluarkan, ganti plak dengan anak Pahang jati, Boy A.K.A Shahril Faizal... Lepas tu, Kedah memang tak serang sangat dah, sebab Boy lebih defensive berbanding kapten diaorang yang selalu ke depan bantu striker... Adalah sekali dua diaorang serang yang boleh jugak wat goal, tapi takat tu jer la...

Pahang dapat gol dari Alex... Kesilapan Helmi Eliza, keeper Kedah... Bola crossing dia tangkap tapi terlepas, jatuh depan Alex jer, terus sepak leweh jer, gol memang dah kosong... hehehehehe... senyap fan-fan Kedah yang datang dari jauh tu... Mula-mula bukan main lagi berkompangnyerrr, ingat leh makan besar kot... 1 lagi fakta musim ni, Pahang hanya tewas sekali jer di Stadium Darul Makmur sebelum game Kedah nih, tu pun kalah minggu lepas dengan pasukan tercorot liga, Johor... Walaupun kat tempat luar, Pahang kena belasah, tapi tempat sendiri, takde lagi & main pun best jer...

Then, Pahang pegang game seterusnya... Karthi dimasukkan, nampak la gerakan yang lebih tersusun walaupun Karthi sendiri macam anak ayam hilang mak ayam, kekekeke...

At last, gol yang dinantikan datang jugak, hasil dari sepakan sudut, Shahrizan Salleh tanduk ke bahagian kanan gol Kedah, Alex just tanduk mudah jerrrr... goalllllllllllllllllllll...

Memang best betul malam tadi... Abis suara aku... Malam tadi jugak, first time pakai jersey Pahang musim ni yang baru... Budak-budak ni dah pakat untuk pakai untuk setiap game... Congrate's semua...

Malam tadi rodong-rodong dari TGL KL pun turun... habis game, pegi makan murtabak Mengkasor, kekekekeke, thanks Epit, belanjer...