Selasa, 14 April 2009

Ahmadinejad - Singa Baru Dunia Islam


Version: Bahasa Melayu...

"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"


* Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?

* Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?

* Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?

Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat.

Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Republik Islam Iran pada 3 Ogos 2005.

Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.

* Penulis :-
Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim, Alfian Hamzah.
* Harga :- RM 17.00 (Masa aku beli tu baru kuar, so maybe harga dah turun kot!)

Kecelaruan Dunia...

Thailand...
- Bergolak lagi... Kali ni team Merah menguasai ibukota Bangkok... Baju Merah ni penyokong bekas PM terbuang, Thaksin... Tak abis-abis masalahnya dengan demonstrasi jalanan... Masuk kali ni, rasanya dah 3 4 kali dah dalam 4 tahun nih...

- Masalah Thailand ni, samada penyokong kerajaan @ pembangkang, kekuatan sokongan lebih kurang sama banyak... So 1 team menang, team satu lagi leh buat demonstrasi besar2an... Dah jatuh kerajaan tu, naik plak yang baru... & yang lama plak buat demonstrasi sampai jatuhkan kerajaan baru... Kesimpulannya, cite Thailand ni takkan abis dalam masa 5 6 tahun nih...

- Tapi, puncanya jugak datang dari Thaksin nih, semarakkan api dari jauh... Last2, huru hara dah Thai sekarang nih... Semalam, 2 orang mati, tak pasal2... So pasni mesti lebih teruk la keadaan kat sana...

Korea Utara...
- Dah bersiap sedia untuk lancarkan perang pasal tak puas hati pasal rundingan isu nuklear diaorg...

- Kalau perang berlaku, mesti wujud 2 blok dari negara2 besar yang bagi support... 1 untuk Korea Utara, China & Russia pasti bagi sokongan moral & peralatan... 1 lagi plak, sahih dah Polis Dunia, US & Jepun akan sokong Korea Selatan...

krisis ekonomi...
- Krisis ekonomi yang start 2008 ni, makin parah... 1 Dunia rasa kesannya...

- Kat Malaysia, dengar cite, ekonomi kita akan teruk jatuh pada bulan 6, tapi bergantung la pd cara PM baru kita handle tugasnya & penerimaan orang luar atas dasar yang dia akan perkenalkan...

- Ramai dah kena buang di Malaysia ni, kalau tak kena buang pun, asyik diberi cuti sampai boleh kira sebulan keje berapa kali... Bayangkanla keje dah bertahun2, last2 dihentikan, mana la nak cari duit nak tampung family... Makin susah nak hidup di zaman sistem sedia ada ni digunakan...

-Yang kaya, makin kaya, yang miskin, makin miskin... Pelik sangat dengan orang nih, bina kekayaan dengan xkisah macamana kehidupan orang lain... Orang2 macam ni la yang protect sistem sekarang ( sistem barat nih), bila diusulkan altenatif lain, siap boleh bangkang, xmampu nak buat la, ambil masa lama la, ape la...

* sama jugak dengan tutup lampu sejam, ramai je pertikaikan keberkesanannyerrr... Padahal, at least kita dapat jugak menyumbang kalau sama2 komited... Tak kira la masa singkat tuh xberi kesan sangat pun berbanding penggunaan letrik kita berhari2... At least kita bantu...

- Apepun, harap masalah ekonomi ni, tak lama... & harap yang diberhentikan, dapat survive selama berlakunya era ekonomi buruk nih... Aku pun penah merasa peritnya takde keje & keje tapi gaji sangkut sokmo, seksa gilerrr... Apepun tak boleh nak buat, maklumla duit penting sekarang ni... Nak kuar rumah, at least kena ada jugak duit poket seringgit 2... & harap tak berlaku pada aku jugak untuk sekali lagi, mcm dulu...

- Tun Mahathir pun cakap, krisis ekonomi akan ambil masa yang lama... 1997 dulu pun sampai sekarang Malaysia tak dapat kembali kepada keadaan asal sebelum krisis tahun tu...

"Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun," katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997."

"Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997," katanya.

Andai Ku Tahu...

andai kutahu...
kapan tiba ajalku...
ku akan memohon...
Tuhan tolong panjangkan umurku...

andai kutahu...
kapan tiba masaku...
ku akan memohon...
TUhan jangan Kau ambil nyawaku...


aku takut...
akan semua dosa dosaku...
aku takut...
dosa yang terus membayangiku...

andai kutahu...
malaikat Maut kan menjemputku...
izinkan aku...
mengucapkan kata tobat padaMu...

ampuni aku...
dari segala dosa dosaku...
ampuni aku...
menangisku bertobat padamu...

aku manusia...
yang takut neraka...
namun aku juga...
tak pantas di surga...

Isnin, 13 April 2009

Family Day LPKtn...


4hb April 2009, Sabtu... Lembaga Pelabuhan Kuantan buat Hari Keluarga di Swiss Garden Resort & Spa... Dah 4 tahun sejak kali last opis aku wat Family Day nih... & ni jugak first time buat aku...



Aku bertolak dari Jengka pukul 6.30 pagi dgn anak bini... Sampai dalam pukul 9 pagi... Tengok2 orang dah penuh dah... Semua pakai baju biru... Meriah jugak la, ingatkan xmeriah pasal staff dalam 40 orang je, so kecik la kot family day ni dr segi jumlah orangnya... tapi ramai jugak... anak2 staf pun besar2 belaka...


Damia plak, awal-awal dah ngamuk sebab dalam keta tak tido... Tapi terpaksa la dia layan mak ayah dia nih kat tengah2 panas pantai Swiss nih...
Macam2 game, tapi masa suntuk, so tak semua game dapat jalan...



Dalam pukul 1, kitaorang pg ke dewan makan, masa tu la Damia terus tido, pasal dalam aircond... Masa tu jugak, hadiah2 dibagi... Sape anak ramai, seronok laaa, permainan semuanya leh tahan mahalnya... Aku dapat beg kasut Adidas, Bini aku dapat tuala je, huhuhuh...




Balik dari family day, aku sekeluarga tlentang tido kat umah... Bangun2, badan dah tak sedap, rasa nak demam plakkkkk...

Emmm...

Lama tak bertopik2 dalam blog nih... kejap ada mood kejap takdok plak... banyak pic nak up, tapi tak terkejar... Badan plak tak berapa sihat seminggu dua nih... Huhuhuhu, pasni bleh la start balik la kot blogging nih...

Jumaat, 6 Mac 2009

Damia : 8 Bulan...

Wajah-wajah Damia selama 8 bulan...








Isnin, 2 Mac 2009

Febuari 09...


Aktiviti-aktiviti yang aku buat dengan Family...