Emmm... Persoalan...
- Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas
izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan
keluarga?
- Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
- Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja
tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan
hubungan intim di kamar tidur?
- Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami
adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke
rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
- Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
- Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
- Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada
dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan
isteri.
- Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami
pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami
senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan
keletihannya.
- Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
- Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
- Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda
minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
- Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
- Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan
amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka
menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
- Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan
menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap
untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
- Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda
antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
- Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun
segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya
sehingga mencetuskan kemarahan.
- Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
- Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya
anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
- Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik
kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu
Kemudian”
- Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan
biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja
pulang kerumah.
- Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
- Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu
tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air
ketika suami pulang dari kerja
- Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
- Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
- Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
- Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
- Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
- Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
- Jangan biarkan suami tidur sendirian.