Khamis, 23 Ogos 2012

Piala Malaysia 2012...


Salam RAya...

Piala Malaysia tahun ni, Pahang berdepan dengan 3 pasukan yang lebih kurang setara dalam Kumpulan D... Selangor, Sarawak dan T-Team...

Alhamdulillah, Pahang menang game pertama semalam... Tahniah... Menang ke atas T-Team (yang ramai bekas player star Pahang dulu)... Walau tak ada star besar (Kecuali Alex, tu pun baru je coach Malaysia nampak bakat dia), tapi dapat kalahkan group player yang lebih berpengalaman... 3-2... Tapi macam biasa, last 30 atau 20 minit, mesti bocor punya, huuhuhuhuh... fitness player kena tingkatkan lagi...

Semalam, Pahang balik ke gelanggang asal, Stadium Darul Makmur, huhhhh lama tak masuk stadium ni, rinduuuuuu... Sabtu ni main kat Selangor plak, ada sediakan bas... So sape-sape nak pegi, leh la contact mereka yang terlibat... Moh kuningkan merah di Selangor... Harap menang!!!!

Selasa, 21 Ogos 2012

RayA!!!! 2012!!!



Assalamualaikum...

RAya dah... masuk hari ke-4... Fuuhhhh... Walaupun tahun ni tak banyak dapat pegi beraya macam tahun lepas... Tapi seronok jugak, first time beraya dengan 4 orang... Tambah baby FeeFa Syamila, seorang lagi perempuan dalam family aku ni... 


Raya pertama di Balok & umah aku sendiri la di PSJ, sungai karang... Raya pertama sempat 2 3 orang umah tok sedara aje... Tengahari balik ke umah, tido tak sedar diri sampai pukul 5.30, tu pun bini aku kejut, bagitau abah aku tepon ajak pegi beraya Beserah, umah sedara ayah aku...
  
 

Malam, sedara mara datang umah, tak masak pun, tapi just makan nasi himpit dengan rendang aje... Tambah dengan KFC 2 bucket... hehehehehe...


Aku pelik sekarang ni, cepat betul pagi ke petang, tak sempat nak beraya ke umah sedar banyak-banyak... Tau-tau hari dah gelap, dah malam... Dunia makin tua, macam tu jugak aku... Huhuhuhuhu...



Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari raya Aildilfitri 1433 H / 2012 M...


Salam...

Dah masuk raya tahun ke-5 dengan family... Tahun ni, raya pertama di kampung aku... Balok & Bukit Goh... Raya kedua, balik ke Jengka 15... So sape-sape yang ada sana pada waktu tu, jemput lah datang umah, tapi hello dulu la... Maklumla raya-raya ni, aku suka pegi umah-umah orang... Suka makan / tengok apa orang masak untuk tetamu... nasi impit, kuah kacang + rendang daging, ayam, perghhh... time raya je beh... kekekekeke... No telefon aku sentiasa yang sama... So jangan wat alasan tak dapat contact, hehehehe...

Aku mintak maaf banyak-banyak pada semua, yang pernah kenal, yang memang kenal, yang tak kenal dan yang terbaca blog ni,.. Kalau ada terasa hati / terguris, mintak maaf banyak-banyak... Walaupun ada jugak sengaja dalam mengguris (dalam blog la selalunya, kutuk-kutuk), tapi yang penting, tak simpan dalam hati... Just luahkan then, habis situ sahaja... kat luar, semua kawan aku, semua aku sayang...

Selamat Tinggal Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin...
Bawak Kenderaan elok-elok... Jumpa Lagi!!!! 

Ahad, 12 Ogos 2012

Geografi...


Ilmu Alam... Geografi... 1 cabang pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian manusia... Tetapi, masih ramai yang tak berminat nak ambik tau pasal alam, pasal udara, pasal tanah, pasal atmosfera... 


Kalau masa aku sekolah dulu, Geografi adalah subjek picisan (sama macam kembarnya, Sejarah)... Seringkali dianaktirikan oleh bebudak... yang lebih mementingkan Matematik, English, BM... Walhal, kalau ikut logik, Sejarah dan Geografi adalah pembantu resukt periksa... Tak kira la, PMR kw, SPM ke... Tapi tak leh salahkan student, sebab dasar pendidikan negara kita ni, lebih kepada subjek-subjek yang lebih core untuk kegunaan masa depan...

Tapi pada aku, geografi paling indah untuk dipelajari, walaupun salah satu subjek periksa (maknanya kena study jugak buku), tetapi orang macam aku, seronok belajar Geografi, berganda-ganda dari Matematik, sains, BM dan lain-lain... Sebabnya ilmu ni, ilmu dunia, lebih seronok untuk diketahui... diterokai... Maknanya, walaupun study untuk lulus Geog, tapi ibarat buat lawatan sambil belajar ke seluruh dunia... Tengok Prairie, tengok gurun, tengok gunung, banjaran dan lain-lain... Dalam buku teks, macam-macam jenis gambar yang jika kita tak pernah lihat depan mata @ takkan dapat tengok dengan pergi sendiri ke negara-negara luar...

Baru-baru ni. masa tengah nak cari arah qiblat umah baru aku, bini aku terkejut betapa cepatnya aku memahami peta (google earth tu la), betapa cepat aku cari umah orang ni, umah orang tu, hanya dengan masa yang sekejap... (masa tu terus aku jawab dengan bangga la depan bini, dia pun meluat dengar jawapan aku, kekekekeke, so aku tak payah la bagitau ape yang aku jawab pada dia, kekekeke)... Tapi moral cite tu, geog penting sebab ada gunanya tiap-tiap hari... dari sekecik-kecik hal sampai la ke besar-besar hal...

"GEOGRAFI merupakan satu cabang sains yang menerangkan dan mengkelaskan ciri-ciri fizikal dan budaya bumi termasuklah fenomena-fenomena semula jadi dan ciptaan manusia di muka bumi. Geografi juga meliputi kajian tentang ciri-ciri fizikal bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, hasil-hasil keluaran, penduduk, kegiatan manusia, ciri-ciri kebudayaan serta taburan masing-masing."

So pesan aku pada adik-adik sekolah, belajarla Geog dengan penuh keseronokan... Ibarat berjalan-jalan ke negara orang, ke tempat yang kita tak pernah impikan untuk sampai... 

Sumber Pic : Bayu laut
 

Sape Lahir Bulan 9???


Hehehehe, saje aku nak up... Ciri-ciri perangai orang yang lahir bulan September... Cuma dalam ciri-ciri ni, takde plak yang buruk-buruk, kekekeke...
  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik 

So untuk lagi best, aku ada dapat perincian untuk tarikh lahir aku ni :
 
PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
##############################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Suka mengarah, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Panas baran, melukakan perasaan orang lain tanpa disedari. Seseorang bercakap dengan cara sendiri untuk berjaya, boleh menarik kekayaan.

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Suka simpan banyak maklumat, mudah mengalami tekanan/depresi/sakit mental. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Pergerakan wang sangat aktif, wang mudah diperolehi tetapi boros. $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Hehehehehhehehe... Yang aku boldkan tu, memang paling sebijik kot dengan perangai aku yang sebenar...

Kuantan Jem!!!!!


Salam Ramadhan...

Tahun ni, parak kuantan jem... Kesesakan yang melampau sejak sebelum puasa start bagi tahun ini... Sebelum posa tu sebab SUKMA... So sukma habis, atlet-atlet yang mencarik baju raya plak yang mengerumuni Kuantan... Hehehehehe...

Aku rasa, trend kesesakan lalu lintas di Kuantan ni (yang melampau jemmm nyer) start dalam 2 tahun lepas (raya 2010,2011 dan tahun ni 2012)... Dalam 3 tahun ni, memang jelas sangat... Jalanraya kat bandar Kuantan ni dah tak dapat menampung jumlah kereta yang keluar masuk Kuantan...

Asal ada aje karnival sikit, confirm jemmm... Sebab tu aku sekarang dah kurang nak pegi bandar time hari cuti... Kalau pergi pun, aku akan pergi betul-betul pagi... Pasaraya bukak pukul 10, so pukul 10 aku dah sampai bandar... So tak la sangkut sangat @ nak cari parking...

Kuantan ni, dah tak perlu tunggu musim raya untuk sesak (sekarang)... So harap kerajaan @ mana-mana pihak yang berkenaan, boleh la pikir-pikirkan apa yang boleh korang pikir...

Bagi aku la,  Kuantan ni sebenarnya tak la ramai orang nak datang... Rasanya kalau hari sabtu ahad, yang ramai turun orang Terengganu... Tapi yang jadi masalah adalah orang yang tak nak pegi bandar, tapi kena lalu bandar sebab takde jalan lain untuk ke seberang bandar sekiranya ada urusan @ apa-apa sahaja... Contohnya, orang yang duduk area Beserah, Balok, Cherating kalau nak pergi ke Tanjung Lumpur, kena jugak lalu bandar, masuk bandar... Dah takde jalan lain yang lebih mudah... Kecuali Jalan ikut Teluk Chempedak... Tapi kira-kira, sama je jarak masanya... Kena ada start buat fly-over dah macam MRR2, lalu pinggir KL je...

AKu nampak tu jer jalan yang paling 'senang' (senang dari segi penyelesaian masa depan je la, bukan senang buat)... Selagi takde fly-over, selagi tu la, 'orang berpusu-pusu masuk ke bandar semata-mata untuk keluar bandar'... Sape yang keje bandar, lagi la terasa, yang kena amik bini keje kat bandar la (kekeke, macam tau sape ni, kekekekeke)...

Orang yang duk KL akan kata, 'eleh, baru jem sikit dah nak merungut!!! kitaorang kat KL ni dah jadi makanan harian'... --> Memang tak nafikan KL berganda teruk... Tapi kena la dengan kepadatannya, berapa ramai penduduknya, pekerja di situ, semua shopping mall, tempat menarik... Lagipun, penduduk sana dah biasa... kan kan kan...

Berlainan dengan kes Kuantan... Dah la memang tak biasa dengan jem... Tapi semua orang marah sebab tau, Kuantan jem bukan sebab padat penduduk, kereta banyak... Tapi Kuantan ni jemm atas sebab yang aku nyatakan di atas tadi... Lagipun, kitaorang memang dimanjakan dengan perjalanan yang lancar @ tak jemmm dari dulu... Balik keje pun, pukul 5 keluar, pkul 5.10 leh main-main dengan anak kat umah dah, kekekekeke... So kalau kena jemm ni, memang marah la...

Apepun... Harap ada tindakan/gerakan/janji-janji dari janji ditepati/usul-usul dari pihak yang terlibat untuk meningkatkan prasarana jalan raya di bandar Kuantan tercinta ini...

Fuhhhhh, 3 tahun dah baju raya settle awal (beli) sebab tak nak menempuh jemmm di bulan posa/di ambang raya... Huhuhuhuhuhu... Tapi, macam tahun lepas, gatal jugak aku nak turun bandar time sehari dua nak raya, jemmm 3 4 jam, parking keta, masuk Kuantan Parade, 5 minit keluar (orang macam semut dalam Mall tu), balik umah... Kekekekekeke sia-sia pekerjaan...

Rabu, 8 Ogos 2012

Olimpik London 2012 : Emas???


Salam,

Pagi tadi tengok kegagalan Azizul Hasni untuk dapatkan pingat emas (peluang terakhir Malaysia untuk emas), dapat tempat ke- 6 (last) dalam Keirin... Chris Hoy terus jadi lagenda tahap gaban... 6 kali dapat pingat emas Olimpik...


Dari awal sampai habis leading, memang tenaga kuda dia nih... Azizul plak, pada mulanya nampak ada peluang, tapi dia terperangkap, kena duduk belakang masa awal perlumbaan, so final 2 lap tu, azizul habiskan tenaga untuk ke depan, duduk betul-betul di belakang hoy, LAST lap, tak boleh plak mencelah sebab taktik 2 lagi pelumba (German dengan Belanda kalau tak salah) di belakang azizul yang blok belah kanan, so azizol takkan boleh buat speeding akhir (masa tu nampak azizul macam dah ready nak masuk bersebelahan Hoy)... Lap last tu, azizul dah tak nak berkayuh dah, dia tau dia takkan dapat tempat, so dapat la no. last... Sayangggggggggggnnyaaaaaaaa... kecewa jugak akhirnya Malaysia...

Sebelum ni Lee Chong Wei, gagal jugak buat kali kedua berturut-turut di Olimpik, pada tangan Lin Dan... Game memang best, Chong Wei dan Lin Dan sama hebat, tapi Lin Dan lebih bernasib baik... Bagi aku, bila tengok game ni, Chong Wei dah ada keyakinan diri lebih dari dulu... Malangnya, satu-satunya kesalahan Chong Wei, kerana hidup sezaman dengan zaman kegemilangan Lin Dan... Kalau la Lin Dan ni takde, rasanya habis dah sapu belaka ke Chong Wei...

So ape-apepun, Chong Wei rasanya dah takde next olimpik di Brazil... Azizol, lepas ni dia akan lebih berpengalaman & Hoy rasanya last Olimpik dah, so dah kurang sorang pesaing hebat dia... 

Cite lain yang menarik bagi aku di Olimpik ni (selain cite pasal team Malaysia), Usain bolt menang 100 Meter Lelaki... So cipta sejarah defend emas Beijing dulu... Pecah rekod Olimpik...

China rasanya akan jadi juara keseluruhan, banyak acara China pegang dan terlalu kuat... Harap Malaysia boleh wujud struktur akademi sukan macam dorang...

Sumber Pic :