Baru-baru ni, timbul konflik kat umah yang aku baru duduki ni... Qiblat... Macam semua tau, sekarang ramai yang ikut piring astro, katanya sama sebijik ke arah qiblat... Tapi bila ayah mertua aku datang ke rumah, dia check kedudukan matahari, arahnya dalam 45 darjah berlainan (lebih kurang la!!!) dari tiang astro tu... Aku plak tak berapa bersetuju nak ikut matahari sebab ada tarikh tertentu untuk tengok qiblat jika kita di Malaysia ni...
So... baru la tercari-cari, baru nak belajar cara tengok kompas (tu pun berhempas pulas nak paham even kompas biasa untuk masuk hutan tu)... Kalau la sesat dalam hutan, rasanya mati kebulur sebab hanya sebab nak tentukan arah yang patut kita rujuk pada kompas tu...
So, masa ni la baru nak guna tenet... (baru rasa ada gunanya tenet di zaman moden nih, kekekekeke)... Ni antara yang kita boleh gunakan sebagai rujukan!!! :
- Untuk tengok matahari (ukur ikut matahari) hanya pada 28hb Mei dan 19hb Julai... Masa tarikh ni la Matahari betul-betul berada tempat di Mekah...
- Untuk tengok darjah dalam compas, kalau Malaysia ni, darjah dia bermain dalam area 291-292 darjah...
- Guna website-website yang papar locator Qiblat ni. Contoh yang senang :
Apepun, nak tak nak, kena jugak tau baca kompas... Nampak je simple kompas tu, tapi kalau tak tau, memang tak leh nak gunakannya... Ye la, selama ni pun, aku tak pernah ada tujuan untuk guna kompas... Masuk hutan pun tak pernah takat semak-semak belakang umah ada lerrr... Tu pun masa kecik-kecik dulu... Kekekekeek...