Khamis, 29 September 2011

Orang Baru dalam Keluarga!!!...


Salam...

HARI INI, tanggal 29hb September 2011, Khamis dan pukul 8.35 pagi, lahirla seorang lagi waris keluarga aku di dunia ni... Syukur Alhamdulillah... Syukur pada Allah Taala kerana memberikan aku dan Ja rezeki ini... Seorang bayi perempuan seberat 2.82kg... Adik perempuan Damia... Harap dia tak jeles nanti, maklumla Damia lebih senang rapat dengan kawan-kawan lelaki, kalau sama-sama perempuan, dia mesti asyik nak berkelahi jer...


Setelah hampir seminggu lewat daripada tarikh due dia (patutnya 23hb 9), baru la malam tadi Ja sakit-sakit kerap...Pukul 2.30 pagi kuar dari rumah, Ja kena tahan kat wad Al-Farabi... Pkul 6.30 pagi masuk Labour Room dan pukul 8.35 pagi baru la Ja deliver... Alhamdulillah...

Perbarisan!!!



Baru-baru ni joint opis aku masuk perbarisan untuk sambutan hari kemerdekaan tahun ni... Tema warna hijau kali ni... Sebenarnya last minute punya penyertaan... Aku pun mula-mula malas nak masuk pasal due wife dah dekat dengan tarikh tu hari sambutan (16hb Sept)... Tapi pikir balik, joint je la...

Dengan Echah...

Kami sempat training dalam masa seminggu jer, tu pun training tak pernah cukup orang, bergabung plak dengan KPC, so staf KPC ramai tak dapat pelepasan untuk training petang-petang waktu keje... Raptai penuh pun ada 20 orang je kot kat padang MPK 1, Kuantan... Pastu, kebetulan minggu perbarisan tu, ada plak jamuan raya opis aku buat kat bangunan opis... Masing-masing sibuk...


Tapi, yang bestnya, kami jadi naib johan bagi kategori Badan Kerajaan 2 @ badan berkanun... Hehehehehe, bangga jugak pasal aku duk depan, kena jadi ketua kontijen... Kekekeke, firt time merasa duk depan, tu pun pasal pegawai lain tak masuk perbarisan, aku yang kena...


Rabu, 28 September 2011

Raya Tahun ni...




Raya Aidilfitri 1432 H / 2011... First time lepas kawin raya pertama di Kuantan (ke-3)... Sebelum ni raya pertama kat jengka... Asyik-asyik kat kampung bini jer dulu, kekekekeke... Dah lama tak rasa raya di Balok ni... Meriah dengan sedara mara jer pasal semua dekat-dekat... Tahun ni sembahyang raya kat Bukit Goh, cuma tak sempat nak rasa masjid baru Bukit Goh, tak sempat siap... huhuhuhuhu... (huhuhuh, dah nak abis sebulan raya baru nak cite pasal raya, kekekeke)...

Baru first time penuh jadual kat Bukit Goh, sembahyang raya, ziarah kubur nenek, pegi beraya umah jiran-jiran atuk... Dulunya atuk aku sihat, jiran-jiran atuk aku sihat walafiat... Tapi sekarang dah berubah, atuk aku dah tak berapa ok sejak kena strok, percakapan pun tak berapa dah, ingatan tak berapa... Jiran-jiran pun macam tu, ada yang dah tak berapa nampak walaupun jarak hanya semeter, sakit kaki, sakit badan... Rasa macam kejap je masa berjalan, tapi sebenarnya bukan masa cepat berjalan, cuma aku pun tak berapa tengok sekeliling sejak 3- 4 tahun ni, sibuk dengan dunia sendiri, dengan family, dengan keje, dengan hal-hal lain sampai lupa masa 'dulu' dah lama berlalu...


Petang aku, mak ayah aku, adik-adik aku beraya plak kat Balok... Sampai malam... Pergi umah member keje, member sebangunan keje dan sedara-mara... 

Hari kedua, kitaorang pegi ke kubur di Balok, ziarah kubur nenek (emak mak aku) dan sedara yang telah lama pergi... Kebetulan ada majlis tahlil kat kubur, joint sekali...


Abis tu, baru la balik ke Jengka... Sampai abis cuti... Minggu lepas raya pun meriah... Pegi beraya & dikunjungi... Tahun ni meriah sangat bagi aku yang dah tak berapa nak rasa nikmat raya ni... Cuma, paling terasa sekarang, memang kurang dah orang nak berkunjung-kunjung ke rumah... Ada sesetengah, kita nak datang raya, dia suruh tunggu umah dia buat umah terbuka... Semua nak ready-ready dengan makanan berat bila kawan-kawan nak datang raya, sedangkan, tak pe pun kalau datang makan kueh jer... Dulu-dulu boleh jer macam tu... Pelik aku... Dengan aku-aku pun terikut, member nak datang umah, kena confirm tarikh betul-betul, sebab nak masak makanan berat... Huhuhuhuhu....