Alhamdulillah... Akhirnya menang jugak di pusingan kedua kelayakan Olimpik... Skuad bawah 23 tahun, Malaysia 2 vs Lebanon 1... 2 jaringan hebat & lawa... Tahniah pada Ong Kim Swee & anak-anak buah... Main first half, dah leading 2 gol... Cuma macam nak sakit jantung masa second half, Steven Robbat kena buat padang, 40 minit Malaysia main dengan 10 orang, kena pulak bolos 1 gol... Nasib baik boleh bertahan...
Kemenangan ni lebih bermakna walaupun tak layak pun lagi ke Olimpik...Jauh lagi perjalanan, lepas ni kena main peringkat kumpulan plak, masa ni la nak jumpa team-team top Asia macam Arab Saudi, Jepun, Korea dan lain-lain... Baru la tau langit tinggi ke rendah... Tapi tak kisahlah, janji lepas ke peringkat tinggi...
Kemenangan ni lebih best bila permainan Malaysia pun nampak kreatif, lebih berani main cantik, pegang bola lebih lama & paling aku suka, bila player-player Midfield dapat buat passing celah-celah player lawan, jarang dapat tengok bola Malaysia dapat buat macam ni...
Sekarang, dah dapat hasil daripada kejayaan dari tahun 2010 hari tu, bila dah 1 generasi berjaya menang piala @ main best, generasi lepas tu pun boleh ikut cemerlang... Corak permainan pun lebih best... Player pulak, dah makin bersemangat nak wakili negara... Tak macam dulu, kena panggil dengan skuad kebangsaan, buat-buat injured, huhuhuhuhu...