Jumaat, 24 September 2010

Fuhhhh...





Assalamualaikum,


Lama tak posting dalam blog ni... Inilah aku yang bernama aku... hehehe... Ikut mood lately... Banyak benda nak tulis tapi kerja sibuk sikit sekarang, so biarla dulu...Lagipun baru lepas raya, hehehe... Tak hilang lagi kot mood raya nih...

Akhir-akhir ni, Malaysia gempar dengan cerita pembunuhan Datok Susilawati, Pioneer salah sebuah syarikat terkenal dalam bidang kecantikan + jutawan kosmetik...  Bukan disebabkan arwah popular tapi sebab cara pembunuhan yang kejam dan melibatkan 4 nyawa sekaligus...

Rasanya baru je lagi tengok tv, cite tentang penceraian dia dengan Nash dulu, tup-tup terjadi plak kes ni... Dibunuh, dipukul, dikerat dan dibakar serta dibuang ke dalam sungai... Mastermind pembunuhnya, seorang peguam 'ternama'... yang mungkin dah biasa keje-keje jahat nih...

Aku ambil peluang ni untuk ucapkan takziah kepada keluarga 4 orang yang terbunuh ini... Harap mereka sabar dan redha... Arwah Kamarudin (paper kabor Driver Arwah Susilawati, member-member rapat aku cakap dia just membantu susilawati, macam kira partner @ kawan) tu duduk di Semambu, Kuantan... so ramai la yang kenal + pak sedara kepada rodong Tokgajah.Com, malmsteen... Aku bersimpati pada dia dan keluarga... Arwah pun duduk area Indera Mahkota, Kuantan... 

Harap Pembunuh dan perancang kes ni dihukum sekeras-kerasnya... Aku pun tak paham dunia sekarang, macam-macam kes yang luar kebiasaan terjadi... Selamat lagi ke kita berjalan-jalan di bandar-bandar? di kampung-kampung? Boleh ke kita macam dulu-dulu, pegi mana takde risau apa-apa? harap-harap kes ini hanya kes terpencil... Aku yakin, yang jahat tu ciput jer di Malaysia nih...

Laskar Pelangi...  

Aku dah tengok filem Laskar Pelangi... malam tadi, pas dapat gaji, aku beli plak buka Laskar Pelangi... Hehehehe, so sekarang dalam proses membaca, memang seronok!!!! Ada banyak petikan menarik... Nanti aku kongsikan... Tungguuuuuuuu...

Rabu, 8 September 2010

Selamat hari Raya Aidilfitri...



Asssalamualaikum...


wahh, dah nak abis rupanya puasa kita tahun ni!!! Esok lusa dah raya dah... Aku keje lagi hari ni, huhuhuh... esok cuti... So lepas balik keje ni, aku terus jer balik Jengka...


Anyway, Selamat Menyambut Hari Raya Puasa... maaf Zahir & Batin...

Khamis, 2 September 2010

Laskar Pelangi...



Aku minat betul dengan irama dan lirik lagu kumpulan Nidji nih... Ya betul, kumpulan Indonesia... Walaupun pada orang lain mungkin tak sesuai untuk puji-puji orang seberang sana, tapi persetankanlah!!! hehehehe...

Lagipun, dalam posting aku yang dulu-dulu, aku dah nyatakan pendirian dalam bab hubungan Malaysia-Indon ni...Apepun, hayatilah lirik indah nih... Semoga kita happy semuanya... Jangan gaduh-gaduh, buruk benor orang dewasa gaduh... hehehehe... " Bersyukurlah pada yang Kuasa, Cinta kita di dunia..."

Aku sekarang ni tengah mencari DVD cite Laskar pelangi ni + tengah cari jugak buku novel Laskar Pelangi ni, nanti dah ada leh aku review kat sini (walaupun cite dan novel ni dah berzaman dah keluar market)... tungguuuuuu...



Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi

Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...


Cinta kepada hidup

Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi

Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia


Selamanya...

Selamanya...

Laskar pelangi
...
Takkan terikat waktu...