Sabtu, 23 November 2013

Juara Piala Malaysia 2013...


Salam...

3hb November 2013... Final Watson Piala Malaysia di antara Kelantan dan negeri kesayangan aku, Pahang...

Kronologi :

3.15 pagi : sekitar pukul 3 lebih baru terlelap dek kerana excited...
6.05 pagi : set jam pkul 5.30pagi, bini kol berpuluh-puluh kali, terjaga pukul 6.05 pagi, kekekeke...
6.30 pagi : keluar rumah, pick-up aling di Semambu...
6.45 pagi : Amik amir dan adiknya di Bukit Setongkol...
7.00 pagi : Amik Dr. Ali di opisnya merangkap galerinya... hehehe...
7.20 pagi : di Batu 12, Petronas menanti pisang yang dengar kabo, baru je amik heroes di IM... sembang betul...

7.45 pagi : bergerak ke hentian makan simpang gambang-Chini, sarap apa yang patut...

8.30 pagi : Bergerak ke Shah Alam, melalui LPT, jalan smooth jer...

9.15 pagi : R&R Temerloh... Berkumpul, tehn tukar driver, amir plak bawak...

11.00 pagi : Singgah di Awan Besar... Makan satay... Tunggu samdol datang, lepak-lepak...

12.30 tghari : Decide untuk singgah di Masjid Shah Alam untuk solat...

1.40 ptg : Bergerak ke stadium... Jalan dah start jem... Parking kiri kanan penuh...

2.30 ptg : siap parking...

3.00 ptg : ronda-ronda di sekeliling stadium... ingat nak membeli belah, tapi hujan lebat... Tunggu punya tunggu, decide nak masuk terus dalam stadium...

Fuhhhhh... Duk area sebelah grandstand... Tempat pun dah xbanyak pilihan sangat, ramai dah cop-cop tempat... So duduk je la... Kelantan, dah mula penuh bahagian penonton, amat padat...

Penyokong Pahang, fuhhh rileks lagi kat luar shopping bagai... Hehehehe... Dah lama tak merasa pegi final...

Pukul 4 lebih, EA start masuk, dah mula untuk setup tempat... tak lama tu, start dah drum... apa lagi, petang-petang buta, dah start nyanyi, bersorak... Hahahaha... Adasekali tu dia buat, backstanding (ape ntah istilahnya), rasa macam nak runtuh stadium, semua penyokong Pahang melompat2 secara serentak ke arah membelakangkan padang... Memang seronok, tapi takut lagi banyak sebab rasa konkrit stadium dah semacam je gegarnya...

pukul 5.00 ptg, polis benarkan penyokong Kelantan masuk ke kawasan yang dikecualikan, termasuk jugak tempat khas bagi penyokong pahang... Sebabnya, Pahang macam tak ramai... Hahahahah... Last-last, penyokong Pahang yang kat luar tu, yang tengah enjoy santapan, beli belah, terkapai-kapai bila masuk, takde tempat dah...

pukul 6.30 petang, dengan mata layu giler, ngantuk, pegi tandas.. tengok bersusun orang macam ada dapat duit BRIM plak dalam tandas...So amir je pegi kencing... aku dengan epit, tunggu... Tunggu punya tunggu sampai sejam, tak keluar-keluar dia dari tandas, 3 4 kali aku pegi cari dia... Tak de jugak... Last-last call Pisang, rupanya dia dah berzaman balik ke tepat duduk.. Hahahaha terkena kitaorang...

Playerk dah mula keluar padang untuk meninjau... Player Pahang smart giler, pakai ko yang ditempah di DELL BOUTIQUE, Kuantan... Memang nampak macam international la... Masa tu dah start tak henti-henti penykong pahang bersorak...




















Selasa, 13 Ogos 2013

Raya Datang Lagi... Bahagian II... Kekekeke...


Salam...


Dah puas raya? tak kan!!! Sebabnya cuti raya kali ni hari khamis... So paling panjang pun dapat sampai Ahad, kebanyakan yang bekerja la... Aku? sampai jumaat ni, kekekeke...

Raya kedua aku balik ke rumah mertua di Jengka 15... Sebelum balik, aku egi tahlil kat kubur Balok... Lepak la kt longkang luar kawasan kubur pasal ramai sangat bawah khemah... Aku lepak dengan anak-anak sepupun aku (yang aku akan citekan selepas posting ni), boi, nakid, abu dan fahmi...

Lepas abis, sama-sama pegi siram kubur arwah tok wan kami... (nama-nama kat atas cicit kepada tokwan aku)... then aku balik ke Jengka...



Hari raya ke-tiga ramai skit la datang... terutama family angkat anak2 aku... Nazri & farah & anak-anak dia... Ja masak nasi hujan panas... Then ajak dorang pegi raya ke Jengka 5, alang-alang nak balik ke Kuantan, boleh merasa jalan ladang... hehehehe...


 

Raya ke-empat, balik ke Kuantan, beraya plak umah nenek angkat anak-anak aku... 

Then, malam tu time rehat-rehat nak tido.. dapat la call yang mengejutkan... :(





Sabtu, 10 Ogos 2013

Raya Datang Lagi...

  
 Assalamualaikum...Salam Raya...    

 Raya datang lagi... kali ni aku beraya mengikut arahan abah aku, pegi ramai-ramai ke Bukit Goh... Tapi xramai mana pun, 2 orang adik aku beraya kat Sabah... So yang tinggal aku, Mardiha, Farez dan Pikah...

Hampir kesemua sepupu ada di rumah tok dan arwah nenek aku di Bukit Goh... Rasanya 4 orang je yang takde...

  
Tok...   

Tok keadaan dia semakin tak sihat berbanding dulu... Sejak kena strok... Aku tak sure dia masih ingat ke tak cucu-cucu dia, terutamanya aku... Sebab dia tak dapat bagi reaksi sangat... Boleh bangun berpimpin jer, bercakap pun takat keluar suara garau... Tapi dalam hati aku, dapat rasa dia masih ingat cucu-cucu dia, tersentuh bila masa nak salam bergilir-gilir, tok aku menangis... tiba-tiba jer, sblum tu xde reaksi apa-apa... Mungkin dia teringat ketika zaman dulu @ seronok anak cucu berkumpul skali lagi dengan dia...

 
 Family Tok...

Adik beradik Abah...


Adik Beradik aku, Mak Abah dan Tok...


  Apepun, walaupun masa singkat... Tapi harap dapat lagi berkumpul pada masa depan... Seronok tengok sepupu-sepupu yang dulunya kecil, sekarang dah dewasa... Walaupun zahirnya ayah aku dengan adik beradik tiri dia, dan tok aku, hanya tok tiri (kawin dengan arwah nenek kandung aku)... Tapi detik macam raya ni, tak terasa sorang pun terasing... 
 
Salam raya dengan Tok...
 
Betul orang kata, anak-anak ni, nak tak nak, dari kecil kena didik beraya bersama, berkumpul bersama...  Dulu aku akui, tiap kali nak beraya umah tok di Bukit Goh, memang satu kerugian, asyik nak raya Balok jer... Tapi lepas arwah nenek aku meninggal, aku terdetik dan terpikir, selama ni aku dan adik beradik aku banyak hiris perasaan nenek... Even dah sampai ke umah nenek dulu, kami adik beradik menangis tak nak turun kereta, nak beraya kat Balok... Nenek aku memang garang, emmm bukan garang la, tapi banyak bebel pada cucu... So dulu kami ni jadi xselesa...
 Aku, Ja, Mia & Pipa...

So sekarang, rasanya bila abah ajak pegi Bukit Goh, aku tak rasa keberatan, tapi lebih kepada nak tebus masa-masa kecil dulu... Walaupun aku tau, takkan hilangkan rasa sedih nenek aku bila cucu-cucu dia xnak beraya/balik ke Bukit Goh... Siap nenek datang ke Balok nak tengok cucu... Betul orang kata, bila seseorang dalam hidup kita dah takde, walaupun kita kurang suka, akhirnya yang itulah kita rindui dan sayang atas ape yang dorang buat pada kita dulu...

Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... Al-fatihah...
Dan, semoga Tok aku dapat lebih sihat dan panjang umur untuk kami anak beranak berkumpul lagi...


Selamat Hari Raya Aidilfitri...
~ Ikhlas Dari Aku Sefamily ~



Me & My Wife...

Khamis, 1 Ogos 2013

Huhuhuhu : Kehilangan Permata Negara... Chua Boon Huat...


Salam... Lama tak berposting...




Awal pagi hari ini, kita dikejutkan dengan kematian atlet hoki negara, Chua Boon Huat... Betul-betul rasa kehilangan... Semoga jasa dia selama ni terus dikenang kepada sukan negara amnya dan hoki khususnya...

Chua Boon Huat ni, macam nicol david pada aku, sebab dari aku sek. men. lagi dah dengar nama dia... Sebijik nicol... Dia start naik lepas sukan Komanwel Kuala Lumpur... Macam Nicol jugak, bila tengok dia keluar dulu, terdetik dalam hati, ntah kenapa, akan cakap budak ni ( pdahal masa tu aku  pun budak jugak lagi, hehehe) msti akan jadi star @ lama bertahan dalam sukan... 

Dan, telahan aku betul... Dia antara atlit yang paling lama dalam skuad kebangsaan... sampai sekarang ada lagi, still main untuk skuad kebangsaan... bagi aku, dia model untuk orang-orang muda dalam sukan... Bersih... komitmen... macam Nicol...

walaupun dia bukan islam, tapi aku ucapkan takziah kepada ahli keluarganya... semoga dia terus diingati.. dan yang pastinya, aku sebagai peminat sukan akan terasa kehilangannya dalam bidang sukan...


Jumaat, 7 Jun 2013

Wahai wanita...


Emmm... Persoalan...
  • Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga?
  • Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
  • Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur?
  • Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
  • Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
  • Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
Tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah (untuk orang zaman skrg) :
  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan  mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.
** MERAH : Kritikal bagi aku... @ still missing... @ kurengggg...

Black!!!!!!!


Sound familiar??? 1 daripada lagu terbaik sepanjang zaman, Black dari band Grunge yang lebih awal popuar dari Nirvana... Suara Eddive Vedder memang legend lah.. Terutama lagu Black ni (unplugged Version, terbaik)... Kat Malaysia ada 1 band alternative suara sebijik Eddie ni... Apa ntah nama band tu, xingat la plak...

Lyric last dia... Fuhhhh...

I know someday you'll have a beautiful life,
I know you'll be a star in somebody else's sky,
But why, why, why can't it be, can't it be mine?



Ahad, 5 Mei 2013

Jom Undi PRU 13...


 Fuhhhhh, lama tak jalan kaki menuruni bukit ke sekolah rendah Kebangsaan P.P.P.T.R... Ayah aku wat cadangan masa nak kuar ngundi, jalan kaki jer, sebab parking tetap jauh jugak kalau bawak keta... 

Last jalan kaki masa darjah 6 dulu... Masa menuju ke pusat pengundian ni, teringat waktu jalan dengan panasnya, bawak beg beratnya... Dulu, anak-anak pokok, sekarang sebesar-besar pokok... Huhhhh...

Seronok jugak mengundi ni yek, rasa macam besar je tanggungjawab... Dulu tak ngundi, walaupun duk bising-bising cite pasal politik, tapi tak rasai feel mendalam... 

On the way, jumpa kawan-kawan abah sepanjang perjalanan, semua kutuk aku tua dari abah sebab ada uban penuh dah... kekekekeke... Tapi yang pentingnya, aku hepi kerana dari kecik sampai sekarang, jalinan hubungan baik dengan geng-geng abah aku, tak pernah putus... Sentiasa je orang kenal, orang ingat... Pasal abah aku pun jenis mulut riuh, so orang ingat la anak sulong dia ni, walaupun aku pendiam... Tumpang glamour jgak la kiranya... Senang, pegi mana-mana kat area tu, orang kenal aku anak sape... Nasib baik abah aku bukan calon... keekekeke...